200 Penduduk Berpiket Bantah Tian Chua

imageCHERANG RUKU – Seramai 200 penduduk pekan Cherang Ruku yang mewakili 10 NGO, membuat laporan polis di Balai Polis Cherang Ruku, di sini, kelmarin, bagi membantah kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua berhubung insiden Lahad Datu.

Mereka berpiket secara aman, sambil membakar gambar pemimpin itu sebagai simbolik kemarahan rakyat terhadap kenyataan biadab dikeluarkannya.

Laporan dibuat jam 4.30 petang itu diketuai Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Cherang Ruku, Wan Abdul Aziz Wan Noh bersama wakil Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Semerak, Persatuan Penduduk Perumahan Taman Jaya, Persatuan Peniaga Kecil Pasar Cherang Ruku, Persatuan Peniaga Pasar Minggu Semerak dan lain-lain.

Wan Abdul Aziz ketika ditemui berkata, laporan polis itu dibuat atas dasar permuafakatan penduduk bagi meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin PKR terbabit yang tidak mempunyai semangat patriotisme.

“Sekiranya dia (Tian Chua) menghargai kedaulatan dan keamanan negara, dia tidak akan mengeluarkan kenyataan biadab, berunsur hasutan dan ada sentimen politik seperti itu,” katanya.

Paling tidak katanya, Tian Chua tidak berdegil untuk tampil menarik balik kenyataannya itu dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat negara ini. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: