Isteri PM Luang Masa Dengan Keluarga Mangsa Ops Daulat

Oleh Raitini Rahman :1
KOTA BAHRU – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir pada majlis tahlil dan bacaan yasin kepada perwira-perwira negara yang terkoran dalam Ops Daulat Lahad Datu Sabah, di masjid Kem Lapan Briged, Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
Hadir sama, isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Kharmazan Ahmad Meah serta isteri-isteri pegawai dan anggota tentera.

Majlis dimulakan dengan solat hajat serta solat Asar disamping tazkirah berhubung jasa perwira yang terkorban dalam Ops Daulat yang tidak ternilai dan tiada gantinya.

Pada majlis yang sama, Rosmah turut menyampaikan sumbangan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) bernilai RM20,000 setiap seorang, kepada kedua-dua ibu perwira yang terkorban.

Mangsa Koperal Allahyarham Ahmad Ashraf Ruslan, 21, serta Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail ketika menyertai Ops Daulat di Lahad Datu,Sabah baru-baru ini.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga sempat meluangkan masa hampir setengah jam dan turut menyampaikan sumbangan hamper, serta surat penghargaan kepada kedua-dua ibu wira yang terkorban.

Sementara itu, Ibu kepada Ahmad Ashraf, Roslawati Ghani, 44, berkata, kejadian terbabit amat menyayat hati dan kesedihan yang dirasai amat tidak tertanggung.

“Saya redha dengan pemergian Allahyarham dan mendoakan kesejahteraan rohnya agar ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman,” katanya.

Bagi ibu Ahmad Hurairah, Rahmah Mamat, 50, perasaan sebak tidak dapat ditahan selepas menerima sumbangan dan merasakan kehilangan anak yang menjadi kebanggaan keluarga itu namun tetap redha dengan pemergiannya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: