Laluan Utama Mudah Dinaiki Air

imageKUALA KRAI – Bukan setakat menghubungkan Kuala Krai dan Kota Bharu, laluan merentasi jambatan kecil di Kampung Tok Bok, dekat sini, cukup penting bagi rakyat Kelantan kerana turut menjadi jalan utama bagi perjalanan antara negeri ini dan selatan tanah air.

Pada hari biasa, laluan itu dilalui ratusan pengguna jalan raya termasuk penduduk setempat dan jumlahnya bertambah hingga ribuan orang bila tiba musim perayaan.

Namun, di sebalik kepentingannya, laluan itu mudah dinaiki air sungai melimpah setiap kali hujan lebat terutama pada musim tengkujuh kerana kedudukannya yang rendah.

Setiap kali laluan utama itu terputus hubungan, apatah lagi bila arus limpahan air deras dan dalam sehingga tidak boleh dilalui sebarang kenderaan, ratusan pengguna jalan raya terkandas.

Naik taraf jalan, perparitan

TIMBALAN Presiden Majlis Setia Rakyat Kelantan (Setia), Ahmad Bustaman Husin berkata, demi kemudahan rakyat, sudah sampai masanya kerajaan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah itu dan tidak membiarkannya berterusan.

Katanya, kerjasama agensi kerajaan berkaitan terutama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Parit dan Saliran (JPS) amat penting bagi mencari penyelesaian kerana selain jalan raya, masalah turut melibatkan sistem perparitan.

“Kerajaan wajib menyelesaikan segera masalah ini demi kesejahteraan rakyat terutama mereka yang kerap menggunakan laluan utama ini untuk mencari rezeki dan melaksanakan urusan seharian.

“Semua agensi terlibat kena kerjasama cari penyelesaian kerana masalah sama akan terus berulang selagi sistem perparitan di Guchil 7 tidak dinaik taraf sebab ia antara punca banjir di laluan berkenaan,” katanya.

Kos tinggi alasan tergendala

WALAU ada jalan alternatif lain untuk ke selatan tanah air seperti melalui Jeli ke Gerik, Perak atau melalui Kampung Rekang, Ayer Lanas menghubungkan antara Gua Musang, Dabong dan Jeli, jaraknya lebih jauh.

Kembali kepada jalan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai itu, faktor kos tinggi dilihat antara sebab kerajaan sama ada di peringkat negeri atau pusat keberatan untuk menyelesaikan masalah itu.

Jalan penyelesaian dicadangkan JKR sebelum ini adalah dengan menaikkan paras jalan itu setinggi satu meter selain membina sebuah jambatan baru, namun melibatkan kos agak tinggi iaitu RM5 juta.

Cadangan JKR itu hampir sama dengan saranan orang ramai pada laporan media sebelum ini yang mencadangkan jalan raya itu ditambun supaya lebih tinggi bagi mengelakkannya daripada mudah dinaiki air.

Selesai jika BN memerintah

MENGULAS perkara itu, Ahmad Bustaman berkata, beliau percaya masalah kos tinggi bagi menyelesaikan masalah banjir di laluan itu tidak timbul sekiranya kepimpinan kerajaan negeri selari dengan Kerajaan Pusat.

Malah katanya, beliau yakin hasrat rakyat untuk melihat masalah limpahan air sungai di laluan itu diselesaikan dapat dicapai sekiranya Barisan Nasional (BN) dipilih memerintah Kelantan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

“Kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah terbukti sebuah kerajaan yang mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat melalui pelbagai projek pembangunan dan pelan transformasi.

“Saya yakin, jika Kelantan juga diperintah BN selepas PRU13 nanti, bukan sahaja masalah di Kampung Tok Bok ini sahaja, malah rakyat akan dapat nikmati lebih banyak pembangunan di negeri ini,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: