Muhyiddin Bidas Pembangkang Kaitkan Kematian PI Bala Dengan Umno

imageMUAR –  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak laporan media sosial mengaitkan Umno dengan kematian penyiasat persendirian P. Balasubramaniam.
Beliau kemudian menempelak pembangkang kerana mempolitikkan semua hal yang berlaku dalam negara.
“Apa yang berlaku di Malaysia semua konspirasi Umno, lepas ini semua yang tidak elok berlaku di Malaysia konspirasi Umno,” katanya ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut.
Muhyiddin menasihatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan maklumat seperti itu kerana ia kenyataan politik sahaja untuk tujuan mengelirukan rakyat.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Hello Komoditi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) di Kompleks Sukan Pagoh, di sini, hari ini.
“Mereka bekerja 25 jam sehari, tiada kerja lain hanya kitar (fitnah) sahaja, berlaku sahaja sesuatu salah BN, apa sahaja berlaku salah Umno… sebenarnya ia tidak bertanggungjawab,” katanya.
Majlis itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri KPPK, Datuk Hamzah Zainudin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Datuk Tahir Taat serta ADUN Jorak, Datuk Dr Shahrudin  Md Salleh.
Balasubramaniam, 53, atau lebih dikenal sebagai PI Bala, meninggal dunia semalam di Rawang, Selangor, semalam, akibat sakit jantung setelah mengalami sesak nafas.
Bala menjadi perhatian media pada 2008 apabila membuat dua akuan bersumpah yang bercanggah dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada 2006.- Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: