Pas Kelantan Jangan Jadi Seperti PKR Selangor – Mustapa

DSC_0437

KOTA BHARU  – Kerajaan Pas Kelantan diminta tidak menjadi seperti kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang menyekat projek Kerajaan Pusat di negeri itu meskipun ia untuk kesejahteraan rakyat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan Pas Kelantan seharus memberikan kerjasama terhadap sebarang projek pembangunan dibawa oleh Kerajaan Puast di negeri ini bagi memakmur dan mensejahterakan rakyat Kelantan.

Beliau berkata, ini termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu di Wakaf Mek Zainab sebanyak 1,000 unit, yang majlis pecah tanahnya telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

“Saya harap Kelantan tidak jadi seperti Selangor yang mengharamkan projek-projek Persekutuan. Kita harap (kerajaan Pas) Kelantan ambil sikap terbuka, mana-mana yang boleh membantu rakyat kenapa tidak (diberikan kelulusan dan kerjasama).

“Rakyat memang dahagakan (rumah), semalam program ini (pelancaran PPR) ramai yang hadir kerana rumah masalah besar, jadi kita tidak mahu kerajaan negeri letak politik di hadapan, kita mahu kerajaan negeri letak rakyat di hadapan.

“Datuk Seri Najib letak rakyat di hadapan dan kita mahu kerajaan negeri juga sedemikian, jadi mana-mana projek yang menguntungkan rakyat (harus diberikan kerjasama),” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: