Perlu Ada Perasaan Empati Terhadap Anggota Keselamatan – PM

imagesPUTRAJAYA  – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat supaya mempunyai perasaan empati kepada perajurit dan anggota keselamatan negara serta perlu berdiri teguh di belakang setiap perjuangan mereka.

Beliau berkata, rakyat perlu memahami apa yang telah dan akan terus dilalui perajurit serta anggota keselamatan negara.

“Mereka tidak akan beri sokongan kalau mereka tidak faham apa yang terpaksa dilalui oleh anggota keselamatan kita.

“Perlu faham tugas, cabaran, rintangan dan risiko yang dihadapi mereka, sebab itulah untuk kita menimbulkan rasa semangat patriotisme, ia berasaskan kepada kefahaman, kalau tidak faham, makna tidak ada empati,” katanya pada majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri bersama Pesara Pegawai-Pegawai Tinggi Angkatan Tentera Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin.

Perdana Menteri berkata, oleh yang demikian, ketika ini pada saat negara berdepan ancaman luar, rakyat perlu berdiri teguh di belakang pasukan keselamatan, yakni tentera dan polis.

“Kita mesti memahami dunia ketenteraan, dan kalau kita faham dunia ketenteraan, maka kita tidaklah buat kenyataan untuk menidakkan kewibawaan pasukan tentera dan polis kita.

“Tidaklah memperlekeh kemampuan mereka, dan tidaklah keluar kenyataan daripada pemimpin yang begitu celupar lagi biadap, kononnya apa berlaku di Lahad Datu dan Semporna adalah sandiwara kerajaan UMNO,” katanya.

Najib berkata, perkara ini menyebabkan rakyat marah dan banyak laporan polis dibuat kerana kerajaan dan angkatan tentera tidak pernah mempunyai sebarang pakatan atau konspirasi.

“Kalau ada, tentu tuan-tuan yang hadir pada majlis hari ini boleh mengesahkan, tidak mungkin ada konspirasi tanpa pengetahuan mereka, jika kita berpakat lakukan sandiwara, tentu pegawai atasan hingga bawahan akan tahu,” katanya.

Najib berkata, tuduhan serupa turut dilempar terhadap kerajaan ketika insiden di Sauk dahulu.

“Ini adalah perkara tidak masuk akal yang dikeluarkan oleh pemimpin tidak bertanggungjawab, oleh itu, kita perlu teruskan perjuangan kita,” katanya.

Beliau turut melahirkan keyakinan penuh anggota keselamatan akan bertugas seperti yang diharapkan kerajaan dan rakyat.

“Saya yakin dan percaya bahawa kita dapat mengatasi dugaan, cabaran dan ancaman itu. Kita akan berjuang habis-habisan tidak kira berapa lama masa yang terpaksa diambil dan tidak kira apa yang perlu kita korbankan, kita akan menjamin kedaulatan dan keselamatan kita tidak boleh diganggu-gugat oleh sesiapa.

“Itulah ikrar saya berikan, bagi pihak kerajaan pula mahukan sokongan padu daripada anggota pasukan keselamatan yang sedang berkhidmat… mengharap sokongan padu daripada pegawai tertinggi angkatan tentera,” katanya.

Najib juga berkata, jika ada perasaan sangsi oleh pegawai tertinggi terhadap apa jua keadaan, ia boleh membawa unsur yang akan mematahkan semangat anggota pasukan keselamatan.

“Inilah masanya perlu merapatkan barisan, memperlihatkan kesetiaan kerana dalam saat negara memerlukan ketaatan dan kesetiaan, kita tampil ke hadapan dan menjadi barisan yang boleh menjadi penyumbang semangat kepada perwira yang sedang berjuang,” katanya. – BERNAMA

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: