Tuanku Berkenan Hadiri Tahlil Anggota Tentera Terkorban

dn_01.1PASIR MAS – Kesedihan ahli keluarga Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, anggota tentera yang terkorban ketika mempertahankan negara di Sungai Nyamuk, Selasa lalu masih dirasai.

Bagaimanapun kunjungan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V untuk turut bertahlil di kediaman keluarganya di Bayu Lalang, malam kelmarin sedikit sebanyak  dapat mengubati kesedihan keluarga berkenaan.

Baginda tiba kira-kira jam 9.30 malam dengan disambut pemimpin tempatan dan juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Tahlil dihadiri kira-kira 200 penduduk, saudara mara serta pegawai beberapa jabatan itu diketuai Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Selesai tahlil, baginda bertanyakan khabar ibu mangsa, Rahmah Mamat, 50, dan bapanya, Ismail Husin, 55.

Pada masa sama, baginda turut mendapatkan perkembangan Ops Daulat di Lahad Datu daripada Panglima 8 Briged, Jeneral Datuk Mohd Zaki Hamzah dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Sebelum berangkat pulang, baginda turut beramah mesra dengan masyarakat setempat.

Rahmah meluahkan rasa sedih serta gembira dengan kunjungan Sultan Kelantan yang berkenan hadir tahlil Allahyarham anaknya sebagai tanda simpati dan penghormatan baginda kepada Allahyarham.

“Sebagai ibu, saya gembira dan cukup terharu baginda sanggup datang ke tahlil arwah,” katanya kepada pemberita.
Bapa Allahyarham, Ismail, turut meluahkan rasa gembira dan bangga dengan keprihatinan Tuanku berangkat ke majlis tahlil arwah anaknya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: