Akibat Kecewa, Penyokong Tegar Pas Sertai UMNO

po_01.1RANTAU PANJANG  – Hampir 40 penyokong tegar Pas dari Kampung Kiat dekat sini, bertindak menyertai UMNO selepas kecewa dengan kerajaan Pas Kelantan yang disifatkan terlalu berpolitik berbanding menjaga kepentingan rakyat.

Borang permohonan keahlian mereka diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di kampung tersebut malam tadi.

Seorang penyokong Pas, Yazid Salleh, 41, berkata, dia berasa kecewa terhadap pemimpin parti itu sehingga mendorongnya untuk menyertai UMNO.

“Kita tidak pernah meminta lebih-lebih daripada Pas. Tapi sebagai kerajaan yang diberi amanah, mereka sepatutnya faham keadaan serta kedudukan rakyat di bawah.

“Kami amat kecewa setelah 22 tahun memerintah Pas dilihat seolah-olah mementing kepentingan politik parti berbanding rakyat,” katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Yazid yang mewakili kumpulan berkenaan menyerah borang permohonan menyertai UMNO mendakwa, mereka tidak pernah mendapat apa-apa manfaat daripada kerajaan Pas negeri meskipun sebelum ini memberi sokongan penuh kepada parti itu.

Dakwanya, perjuangan Pas jauh berbeza dengan UMNO yang sentiasa mengutamakan rakyat walaupun hanya bertindak sebagai pembangkang di negeri ini.

“UMNO tidak pernah abaikan kami meskipun mereka tahu bahawa kami ini adalah penyokong tegar Pas,” katanya.

Sementara itu, Abdullah menafi sekeras-kerasnya dakwaan kononnya siri penyertaan penyokong Pas ke dalam UMNO yang berlaku di bahagian Rantau Panjang hanya gimik politik membabitkan orang Thailand dan penyokong asal UMNO.

“Laporan dan dakwaan itu sebenarnya tidak benar belaka. Ia dibuat semata-mata bagi menutup keresahan mereka berikutan gelombang kebangkitan rakyat di Rantau Panjang ini semakin terserlah menyokong UMNO.

“Kita memang meneliti maklumat sebenar sebelum menerima (permohonan keahlian) mereka,” katanya. – UTUSAN

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: