BN Mesti Baiki Kesalahan Parti

imageKUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemimpin Barisan Nasional (BN) mesti memperbetulkan kesalahan parti selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan satu perancangan perlu memperbaikinya dilaksanakan.

Beliau berkata, satu proses memperbaiki semula dan menangkis kelemahan yang ada pada Umno dan BN akan diusahakan.

“Kita terpaksa, kalau tidak saya yakin kita tidak boleh menang lagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Lama-kelamaan simpati orang akan hilang kalau kita ingat kepentingan diri bukan kepentingan agama, bangsa dan tanah air,” katanya ketika berucap
pada Himpunan Anak Kedah, di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini, semalam.

Beliau berkata, BN perlu diperbaiki dan ditransformasikan menjadi lebih baik.

Sementara itu, dalam ucapannya, Dr Mahathir berharap BN akan kembali mentadbir Kedah kerana setelah lima tahun dikuasai pembangkang Kedah tidak maju.

“Kedah boleh maju jika mendapat pemerintahan yang cekap dan tahu bagaimana memerintah, tetapi kini Kedah dapat sebuah kerajaan yang tidak tahu apa. Sebenarnya berada di bawah pemerintahan parti lain, kita sedang rancang untuk membangunkan
negeri Kedah.

“Kita mahu wujudkan pembangunan di utara seperti industri minyak, penapisan minyak, saluran paip sampai ke Timur Songkla dan adakan kawasan industri getah serta industri pembuatan komponen pembuatan motokar, banyak lagi. Usahawan berminat majukan Kedah ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary,” katanya.

Dr Mahathir berkata, satu undi boleh menukarkan kerajaan kerana undi salah satu kuasa yang boleh tentukan nasib pada masa depan.

Beliau juga mengingatkan pucuk pimpinan BN supaya memastikan parti mesti menang dan calon bertanding mesti menang. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: