Kukuhkan Hubungan Dua Hala Kelantan- Selatan Thailand

Oleh RAITINI RAHMAN:
Bola sepak psahabatan yb narathiwat dan umno bckBACHOK –  Hubungan dua hala Kelantan dan wilayah Selatan Thailand perlu diperkukuhkan lebih-lebih lagi rakyt di kedua-dua wilayah itu saling berkaitan sejak dahulu lagi.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, bagi memastikan hubungan itu berterusan pelbagai acara boleh membabitkan kebudayaan dan kesukanan boleh diatur.

Beliau berkata, aktiviti terbabit bukan saja dapat memberi peluang pemimpin berkongsi keadah pentadbiran kawasan masing-masing tetapi juga mewujudkan jalinan kerjasama jika berlaku sebarang kejadian membabitkan rakyat kedua negara.

“Antara program yang boleh diadakan bersama termasuk pertandingan dikir barat dan perlawanan bola sepak yang kita adakan hari ini. Penduduk yang berada di sempadan seperti Tumpat, Rantau Panjang dan Pasir Mas dan Jeli lebih mudah mengadakan aktiviti bersama memandangkan mereka lebih dekat.

“Melalui program seperti ini, kita dapat membina hubungan demi faedah bersama termasuk dari aspek sosial dan diplomatik,” katanya ketika merasmikan perlawanan persahabatan bola sepak antara Veteren dan Ahli Jawatankuasa Umno Bachok bersama Persatuan Yang Berhormat Narathiwat, Thailand di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badak, Bachok semalam.

Sempena program itu seramai 25 orang wakil persatuan terbabit mengikuti perlawanan bola sepak itu yang bermula jam 5 petang.

Awang Adek yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok berkata, penganjuran perlawanan bola sepak yang julung kali diadakan itu dapat dijadikan permulaan dalam merapatkan lagi persefahaman antara Kelantan dan Thailand.

Bagi Ketua Persatuan Yang Berhormat Narathiwat,Thailand, Zulkifli Che Mamat, pihaknya yakin dengan kepimpinan Datuk Awang Adek dan akan menyokong apa saja usaha yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

“Sebelum ini kami pernah menyertai sambutan. Maulidur Rasul bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed di Jeli. Kami turut merancang kerjasama bersama pemimpin Kelantan bagi meraikan sambutan berkhatan beramai-ramai pada April ini.

“Bagi kami, hubungan dengan orang Kelantan sudah seperti adik beradik, yang akan terus dikekalkan,” katanya yang juga Yang Berhormat Lu Jow Padang Bukit Bunga, Narathiwat.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a comment