Najib: Peruntukan ATM Ditambah Susulan Insiden Lahad Datu

imagesPUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sedia meluluskan peruntukan tambahan untuk menaik taraf kemampuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beliau berkata berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna di Sabah baru-baru ini, kerajaan akan melakukan penambahbaikan dari segi peralatan, latihan, kemahiran dan perisikan ATM pada keseluruhannya.

“Kita perlu memberi keyakinan kepada rakyat dalam soal kedaulatan wilayah dan keselamatan negara.

“Kita perlu melakukan apa sahaja demi masa depan negara,” katanya pada majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri bersama Pesara Pegawai-Pegawai Tinggi ATM di Seri Perdana semalam.

Lebih 200 pesara pegawai tinggi ATM menghadiri majlis itu.

Hadir sama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Sementara itu, Najib berkata Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), yang mengambil kira model Rajang Area Security Command (RASCOM) di Sarawak, didapati amat berkesan untuk menghadapi cabaran terkini.

“Saya juga meminta supaya kabin-kabin itu dibuat secepat mungkin tanpa perlu tunggu bangunan kekal.

“Kita mula secepat mungkin, dan kabin-kabin itu perlu selesa agar mereka boleh bertugas secara selesa, dan ia akan memberi keyakinan kepada rakyat Sabah timur, khususnya usaha kerajaan menangani ancaman terkini.

“Butiran lanjut mengenai struktur ESSCOM dijangka diumum akhir minggu depan. Mudah-mudahan kita dapat mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri Sabah,” katanya.

Najib juga meminta Kementerian Pertahanan melantik pegawai paling sesuaiĀ  mengetuai kumpulan dan anggota tentera untuk berkhidmat di ESSCOM.

ESSCOM merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu di Sabah.

Sementara itu, beliau memberi jaminan bahawa kaum Suluk di Sabah tidak dikasari.

“Kita perlu asingkan orang Suluk tempatan dan Suluk yang masuk dalam kumpulan penceroboh, kerana Suluk tempatan mereka ini baik-baik belaka. Kita tidak boleh longgokkan mereka sebagai ancaman kepada negara kita.

“Kita mesti lakukan kaedah membina keyakinan supaya mereka faham ini adalah untuk berdepan dengan kumpulan pengganas,” katanya. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: