Pas Mahu Bertanding 76 Kerusi Parlimen

imagesKUALA TERENGGANU  – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan parti itu akan bertanding 76 daripada 222 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Katanya, langkah itu bagi memperlihatkan Pas sebagai tulang belakang kepada pakatan pembangkang apabila dua lagi parti bertanding dengan jumlah kerusi lebih kecil.

Abdul Hadi berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan kemampuan parti berkenaan yang merupakan parti teras orang Melayu Islam untuk menggantikan UMNO.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Khas PRU-13 di perkarangan Pasar Cabang Tiga dekat sini kelmarin.

Pada PRU-12, Pas bertanding 66 kerusi Parlimen dan memenangi 23 daripadanya, lebih kecil berbanding DAP dan PKR yang masing-masing bertanding 47 dan 97 kerusi di mana DAP menang 28 kerusi dan PKR 31 kerusi.

“Kita (Pas) akan bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi Parlimen dan mungkin ada lagi kerusi lain jika rakan-rakan kita (PKR dan DAP) beri lagi kerusi kepada kita untuk bertanding,” katanya.

Beliau berkata, DAP berkemungkinan akan bertanding hanya 50 hingga 60 kerusi dan sekali pun menang semua kerusi masih tidak boleh memerintah negara.

Malah Abdul Hadi turut mendakwa, penyokong bukan Melayu boleh menyokong parti itu seperti mana yang berlaku pada pilihan raya umum lalu di mana bukan Melayu sokong Pas dan PKR.

“Kita yakin keadaan itu boleh berlaku lagi dan pengundi bukan Melayu boleh sokong kita pada PRU ini,” jelasnya. – UTUSAN

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: