Tujuh Dosa Besar: Rakyat Mesti Fikir

AMIRUL HAFIZ :

20120814_163848KOTA BHARU – Rakyat Kelantan perlu menjadikan tujuh dosa besar Pas yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tauladan dan ingatan kerana ianya membabitkan akidah dan masa depan rakyat.

Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, Rakyat mesti bijak untuk membuat pilihan demi menobatkan sebuah kerajaan dalam usaha menunaikan setiap janji.

“Sebuah kerajaan yang bertanggungjawab akan mengangkat bangsa Melayu dan yang paling penting meletakkan Agama Islam di tempat yang paling tinggi,” katanya kepada Detikperubahan.com.

Katanya, tujuh dosa besar itu jelas memperlihatkan bahawa pembangkang gagal dalam segenap janji yang dibuat.

Beliau berkata, dalam soal mempertahankan kalimah Allah dan pelaksanaan negara Islam ia seharusnya diberi penekanan sebagai isu utama selaras dengan Islam sebagai agama rasmi negara.

“Rakyat Kelantan harus sedar bahawa yang selama ini di momok dengan Islam dan maruah bangsa langsung tidak diperjuangkan terutama bila ia bertentangan dengan dasar yang diperjuangkan DAP.

“Mana negara Islam..mana hudud.. Jelas DAP enggan tunduk dengan agenda Pas dan Pas pula terus layu untuk mempertahankan hak mereka demi memenuhi cita-cita untuk ke Putrajaya,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Khairul Ihsan berkata, Pas kini umpama orang bisu selain menjadi parti ‘pak turut’ di dalam sekutu mereka.

“Ini jelas apabila Tian Chua (Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat) menghina perwira yang gugur Pas hanya diam,” katanya.

Justeru katanya, rakyat boleh menilai kebenaran di sebalik dakwaan perdana Menteri tentang tujuh dosa besar Pas tersebut.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: