‘Kilang’ Pakatan Kerja 25 Jam Sehari Burukkan BN, Kata Muhyiddin

imageKUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa ‘kilang’ Pakatan Rakyat (PR) bekerja 25 jam sehari  untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Menurutnya, pembangkang membuka ‘kilang’ mereka setiap hari untuk melemparkan fitnah dan mengaitkan setiap kejadian buruk yang berlaku berpunca daripada BN.

Beliau berkata, tuduhan-tuduhan yang dibuat pembangkang tidak benar dan hanya untuk memburukkan BN.

“Pembangkang ini buka kilang 25 jam sehari, dalam sehari kita hanya ada 24 jam tapi pembangkang 25 jam,” kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Perhimpunan Rakyat 1 Malaysia dan Gelombang Biru Wilayah Persekutuan di sini semalam.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, rakyat tidak boleh percaya dengan manifesto PR yang tidak praktikal.

Muhyiddin berkata, walaupun pelbagai manifesto rakyat dilihat meringankan rakyat namun wang untuk menjayakan manifesto itu akan diambil daripada rakyat melalui kenaikan cukai.

Tambahnya, semua negara yang menghadapi masalah kewangan akan menggunakan cukai untuk menampung perbelanjaan negara.

“Pembangkang umum awal manifesto, kita tak umum mereka dah umum, rakyat dengar semua menguntungkan rakyat.

“Tapi pada realitinya ia tak praktikal dan di mana mereka nak dapatkan duit nak tampung semua yang mereka janji hapuskan termasuk PTPTN, pengahapusan tol dan sebaginya.

“Berbilion ringgit diperlukan, di mana mereka nak dapatkan kalau bukan dengan rakyat, caranya dengan naikkan cukai, perkara inilah yang dipakai oleh semua negara,” katanya.

Katanya, rakyat perlu bersyukur dan memilih BN untuk terus mengekalkan dan meningkatkan pendapatan ekonomi negara.

“…jadi undilah BN, kita kena bersyukur…,” katanya ketika memetik sepotong ayat al-Quran.

Majlis ini turut dihadiri oleh ketua parti kompenan BN. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: