Muhyiddin: ‘Jangan Buat Masalah Baru, BN Boleh Menang’

imageKUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan masyarakat Wilayah Persekutuan agar tidak tertipu dengan janji yang ditabur parti pembangkang melalui manifesto yang diumumkan baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, janji dibuat pembangkang semasa pilihan raya umum 2008 juga masih banyak yang tidak tertunai seperti pemberian bantuan kepada ibu tunggal dan air percuma.

“Rakyat jangan tertipu dengan janji yang dibawa Pakatan Rakyat. Walaupun apa yang disebut itu menarik, tetapi apa yang dijanjikan pada pilihan raya umum 2008 pun tidak tertunai sehingga ada rakyat di Selangor bawa kes ke mahkamah.

“Bagi rakyat Malaysia yang sudah tahu kepentingan keamanan, keselamatan dan perpaduan, bukti telah ditunjukkan Barisan Nasional (BN). Hanya BN yang mampu teruskan perjuangan bantu rakyat menjadi negara maju pada tahun 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Rakyat 1Malaysia dan pelancaran Gelombang Biru Wilayah Persekutuan di depan kira-kira 50,000 anggota parti komponen Barisan Nasional di Bandar Tun Razak malam tadi.

Muhyiddin berkata, sebab lain janji pembangkang perlu ditolak adalah seorang pemimpin kanan mereka juga pernah membuat kenyataan bahawa manifesto pilihan raya bukanlah suatu perjanjian yang perlu ditunaikan.

Muhyiddin berkata, beliau turut mendapat maklum balas bahawa isi kandungan manifesto pembangkang tidak dipersetujui golongan profesional termasuk ahli
perbankan.

“Mereka kata jika inilah manifesto pembangkang, lebih baik sokong BN,” katanya.

Sementara itu, beliau menyeru jentera BN di Wilayah Persekutuan agar mempertingkat usaha untuk merampas semula kawasan di Parlimen itu yang
‘terlepas’ ke tangan pembangkang pada 2008.

“Kita nak tebus kekalahan, kembalikan kepada BN. Ini bukan mustahil. Saya percaya semangat terus membara. Jangan berhenti berusaha, jangan tidur, jangan buat masalah baru. Sokong calon 100 peratus, insya-Allah akan menang besar,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pasukan keselamatan negara yang berjuang mempertahan Lahad Datu menerusi Operasi Daulat yang dilancar pada 5 Mac lepas.

Beliau turut membidas pihak yang mengeluarkan kenyataan kurang sopan berhubung insiden pencerobohan kumpulan militan bersenjata itu sebagai tidak
berhati perut dan tidak berperikemanusiaan. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: