Sokong Pasukan Keselamatan: Dr M

pix_gal0Lahad Datu: Rakyat Malaysia harus bersyukur dan terus memberi sokongan kepada pasukan keselamatan mempertahankan kedaulatan negara dalam Ops Daulat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata walaupun ada pihak mendakwa operasi berkenaan hanya sandiwara, realitinya ialah sembilan anggota pasukan keselamatan terkorban di medan pertempuran.

“Saya harap tiada yang tidak memberi sokongan. Memang ada yang memperkecilkan tentera dan polis dan cakap ini semua sandiwara.

“Ini bukan sandiwara kerana 10 anggota kita terkorban (termasuk seorang yang terkorban nahas jalan raya). Ini realiti,” katanya pada majlis ramah mesra dengan anggota pasukan keselamatan di Dewan Desa Kencana, FELDA Sahabat 16 dekat sini, semalam.

Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim.

Dr Mahathir yang tiba menaiki helikopter jam 3.30 petang disambut Ismail dan Zulkiple sebelum beramah mesra dengan anggota terbabit.

Bekas Perdana Menteri berkata, keberanian pasukan keselamatan menghadapi musuh terbukti menerusi operasi berkenaan.
Katanya, pasukan keselamatan berjuang penuh semangat menentang musuh walaupun menyedari pelbagai risiko dihadapi.

‘Kita tidak malu menghadapi musuh kerana kemampuan, keberanian dan semangat tinggi pasukan keselamatan mempertahankan negara.

“Mempertahankan negara adalah tanggungjawab kita dan tidak boleh bergantung kepada pihak lain seperti sebelum merdeka,” katanya.

Dr Mahathir berkata, Malaysia tidak pernah mencuba mencetuskan perbalahan dengan negara lain, sebaliknya berbaik dengan jiran termasuk Filipina dengan memberi peluang rakyat negara itu berniaga di negara ini. Berita Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: