Ahmad Maslan: BN Sarawak Perlu Libat Penceramah Setempat

imageKUCHING – Parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak perlu melibatkan lebih ramai lagi penceramah setempat dalam aktiviti penerangan mereka mengenai program dan dasar parti serta isu semasa, khususnya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN Datuk Ahmad Maslan berkata berdasarkan pemerhatiannya pada pilihan raya negeri Sarawak yang lepas, aktiviti ceramah penerangan agak kurang dijalankan berbanding di Sabah dan Semenanjung.

“Penceramah-penceramah yang ternama tertumpu di kawasan tertentu masing-masing. Mereka tidak dapat pergi ke merata-rata tempat. Lebih-lebih lagi Sarawak adalah negeri yang sangat luas,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat untuk penceramah parti komponen BN Sarawak di sini, hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Biro Publisiti dan Penerangan BN ada menyediakan bahan-bahan untuk ceramah bagi kemudahan mereka.

Selain itu, katanya biro turut menyediakan penceramah-penceramah untuk menjawab berkenaan isu-isu semasa sama ada secara lisan mahupun melalui media baharu.

Menurutnya, Sarawak merupakan negeri yang ke-12 dalam rangka program taklimat untuk penceramah sebagai antara persediaan biro dalam menghadapi PRU-13.

“Tujuan kita adalah untuk menyediakan penceramah-penceramah parti apabila tiba waktunya yang (dijangka) beberapa hari lagi (pengumuman pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan) pilihan raya umum (diadakan),” katanya. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: