Amat Luar Biasa!

Luar biasa! Di sana sini semuanya bercakap mengenai Tukar Kerajaan Pas Kelantan. Di sana sini kelihatan kenderaan yang mempunyai sticker T. Di Kuala Krai, lebih 4,000 menyambut Perdana Menteri, di Tanah Merah lebih hebar, 50,000 rakyat bersama Perdana Menteri  manakala di Kota Bharu lebih 20,000 menunggu Perdan Menteri memecah tanah projek perumahan rakyat.

Ini semua gambaran yang berlaku di Kelantan pada minggu lepas. Rakyat di negeri serambi Mekah ini telah memberi isyarat yang cukup jelas bahawa mereka mahukan sebuah kerajaan baru yang mendengar keluh resah hati mereka.

Malah anak-anak muda tanpa segan silu bermotosikal memakai kemeja T berwarna merah yang mempunyai logo T dan peta Kelantan. Anak-anak muda ini menunjukkan manifestasi mereka terhadap Pas.

Mana tidaknya anak-anak muda tahu apa yang berlaku di bawah, bayangkan gaji untuk pekerja di pasar raya dan kilang-kilang di bawah RM500 dan jika mahu pendapatan itu lebih mereka terpaksa bekerja sehingga lewat malam itu tidak lebih dari RM1,000. Kalau anda tidak percaya, anda boleh bertanya kepada anak-anak muda yang bekerja di pasar raya atau kedai-kedai di sekitar bandar Kota Bharu.

Apakah cukup dengan gaji sebanyak itu untuk menampung hidup tambahan pula jika sudah mempunyai keluarga. Isteri penulis pernah menceritakan mengenai nasib seorang sahabatanya. Gadis ini yang dikenali sebagai Lela ini bekerja di sebuah kedai kain di Kota Bharu, gajinya hanya RM400 sebulan ditambah kerja lebih masa gaji penuh hanya RM500.pm

Dengan gaji sebanyak RM500 itu digunakan untuk membayar sewa rumah RM100, kirim kepada ibu bapa di Pasir Puteh RM100 baki lagi RM300 untuk digunakan sebagai perbelanjaan bulanan dan tabungan.

Lela seorang yang amat cermat. Jadi untuk menabung dan menjimatkan pendapatan Lela akan hanya makan nasi sekali sehari pada waktu malam atau tengah hari sahaja. Pada waktu lain dia akan hanya makan roti atau biskut bagi mengikat perut yang berkeroncong.

Lela memberitahu kepada isteri penulis, ramai rakannya buat kerja salah bagi menampung hidup. Di antaranya ialah menjalin hubungan dengan suami orang atau lelaki yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Daripada hubungan ini mereka sanggup melakukan apa saja asalkan mendapat wang. Di sinilah gejala sosial bermula. Maka disebabkan itu juga kita akan melihat statistik AIDS dan dadah meningkat.

Hakikat ini diakui sendiri oleh Tokoh ilmuwan Islam yang berasal dari Kelantan, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid berkata, apa yang ada di negeri ini adalah sama dengan negeri lain seperti Johor, biarpun Pas diberikan peluang yang lama untuk memerintah Kelantan.

“Kita sudah bagi peluang lama kepada mereka itu (Pas) cuba laksanakan idea mereka tetapi gagal merealisasikan Islam sepenuhnya setakat ini, apa yang ada di Kelantan tak lebih pun dari yang ada di Johor.

“Malah Kelantan sebagai Serambi Mekah telah dirampas negeri lain, keutamaan Kelantan yang amal Islam betul-betul tak nampak,” katanya.

Peluang pekerjaan di Kelantan amat terhad disebabkan pemimpin Pas Kelantan tidak kreatif. Pelaburan tidak masuk disebabkan tiada kemudahan infrastruktur. Siapa yang mahu datang membuka kilang jika bekalan air kerap terputus dan kotor?

Pas hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai untuk melaksanakannya. Ingat kembali ketika Ekspo Perdagangan Duni Islam yang dianjurkan oleh Kerajaan Pas Kelantan, ketika itu Exco Kanan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, sebuah syarikat pembuat motosikal dari Iran akan datang melabur di negeri ini. Tetapi selepas setahun tidak ada pun syarikat tersebut.

Kawasan perindustrian di Pengkalan Chepa tidak mencatatkan pelaburan baru dan syarikat Rhomwako yang mempunyai lebih 1,000 pekerja beberapa kali mengugut untuk menutup kilangnya kerana kemudahan asas yang teruk. Jika syarikat dari Jepun ini angkat kaki, ke mana lebih 1,0000 orang ini untuk mencari makan. Adakah Nik Aziz fikir pasal benda ini semua.

Satu perkara yang menarik berlaku di Kota Bharu ialah sektor hartanah berkembang dengan pesat. Siapa ada tanah dalam bandar ini akan jadi jutawan. Perkembangan ini memang bagus tetapi bagaimana pula dengan nasib mereka golongan berpendapatan sederhana dan bawah. Apakah mereka yang kebanyakkannya Melayu mampu memiliki rumah sendiri di bandar ini?

pm2Maka sedikit demi sedikit, anak-anak Melayu yang kebanyakkan di dalam golongan menengah dan bawah ini berpindah keluar dari bandar. Siapa yang mampu beli rumah jika harganya melebihi RM200,000. Hanya golongan yang berpendapatan lebih RM5,000 sahaja. Semua ini tidak berlaku jika pemimpin negeri ada kebijaksanaan. Anak-anak muda ini akan kekal di bandar jika setiap pembangunan baru diwajibkan rumah kos rendah dan sederhana yang harganya masih terkawal.

Tetapi ia berlaku disebabkan tidak ada kebijikansaaan, kerajaan Pas Kelantan lebih rela membiarkan harga pasaran untuk menentukan segal-galanya. Lihat Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang menegur kerajaan Pas Kelantan mengenai perumahan rakyat. Bajet RM16 juta telah diberikan tetapi hanya RM9 juta sahaja digunakan dan projek perumahan menghadapi masalah.

Conyohnya, pangsapuri kos rendah di Wakaf Mek Zainab sehingga hari ini tidak siap. Jika Pas bising mengenai Jambatan Yahya Petra tidak siap bagaimana pula dengan mereka yang hanya membina dua blok bangunan sehingga hari ini tidak siap dan menghampakan rakyat yang telah membeli rumah tersebut.

Ini belum lagi dikira mengenai tanah-tanah di hulu Kelantan yang diagihkan kepada kroni termasuk dua pemimpin DAP, Ngeh Khoo Ham dan Nga Kor Ming. Mereka lebih rela tanah diberikan kepada kroni dan melihat rakyat menderita. Apa salahnya tanah tersebut diberikan kepada rakyat yang telah meneroka lebih 20 tahun. Apakah ini ciri-ciri kerajaan negara berkebajikan?

Maka disebabkan itu tidak hairan jika melihat sambutan yang amat luar biasa daripada rakyat terhadap BN di Kelantan pada hari ini. Sambutan yang menunjukkan isyarat jelas kepada Pas bahawa rakyat sudah muak dengan retorik dan budaya ‘escapisme’ yang diamalkan oleh Pas sejak 20 tahun lalu.

Sudah sampai masanya kerajaan negeri ditukar. Percayalah Datuk Seri Mustapa Mohamed dan rakan-rakannya dalam BN mampu untuk membela rakyat. Tukar! Tukar! Tukar!.

tok pa

Tags:

Categories: Editorial

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: