Integriti Pas Dipersoal

AMIRUL HAFIZ

imagesKETEREH – Ketelusan Pas dalam isu Lahad Datu dipersoal apabila gagal menunjukkan ‘keseriusan’nya berbanding beberapa isu politk yang menjadi tuntutannya sebelum ini.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, Pas Kelantan khususnya dalam isu tertentu sebelum ini sanggup menganjurkan sembahyang hajat perdana mendoakan kebinasaan UMNO.

“Tapi dalam isu ini, tragedi berdarah  melibatkan korban nyawa mereka tidakpun cuba menganjurkan program itu secara besar-besaran memohon keselamatan rakyat dan negara daripada pencerobohan pengganas yang mahu merobek kedaulatan negara.

“Sebelum ini, isu royalti sanggup solat hajat, isu tu..isu ini… solat hajat..tetapi dalam isu ini tidak pula begitu,” katanya ditemui di sini.

Beliau berkata, insiden berdarah Lahad Datu merupakan isu besar mengatasi segala isu politik yang dibawa Pas selama ini kerana ia melibatkan keselamatan dan keamanan rakyat serta negara.

“Sepatutnya dalam isu ini Pas menunjukkan sikap muafakat tanpa mengira fahaman politik demi mempertahankan kedaulatan negara tercinta,” katanya.

Sebelum ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz dilapor pernah sanggup mendoakan ‘pecah perut’ Perdana Menteri dalam isu tuntutan royalti minyak Kelantan.

Akhir tahun lalu, menerusi program sembahyang hajat yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV di sini Pas mendoakan kebinasaan UMNO dan mempermudahkan laluan pembangkang ke Putrajaya.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua sebelum ini dilapor mendakwa insiden tersebut sebagai sandiwara dan konspirasi terancang UMNO.

Dalam perkembangan berkaitan, Md. Alwi melahirkan rasa sedih dan kecewa terhadap sesetengah pihak yang mendakwa insiden yang mengorbankan banyak nyawa itu sebagai sandiwara.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: