Jalan Felda Aring Akan Dibaik Pulih

imageGUA MUSANG – Kerajaan Pusat akan membelanjakan hampir RM700,000 bagi membaik pulih jalan yang mengalami kerosakan teruk di Jalan Felda Aring mulai awal bulan depan.

Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah berkata, jalan yang rosak teruk itu membimbangkan peneroka apabila ia menjadi laluan utama kenderaan berat termasuk treler balak dan treler mengangkut bijih besi,” katanya selepas Program Felda Dihati Jiran Disayangi di Dewan Felda Aring 6, dekat sini, kelmarin.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti Felda, Anuar Malek; Pengurus Besar Wilayah Gua Musang, Felda Global Ventures Plantations (FGV) Sdn Bhd, Mohd Holed Tarmidi dan Pengerusi Majlis Belia Felda (MBF) Kelantan, Mohd Nor Fazly Mohd Daud.

Sebelum itu, MBF yang diketuai Nozula mengadakan konvoi 4X4 dari Bandar Chiku ke Kuala Koh sambil melawat perkampungan Orang Asli untuk menyerahkan sumbangan.

Nozula juga Naib Ketua Umno bahagian berkata, FGV yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia memberi sumbangan yang besar kepada masa depan masyarakat peneroka Felda di seluruh negara apabila memberi durian runtuh RM15,000 bagi setiap keluarga.

Selain itu kata beliau, penduduk yang tinggal berjiran dengan tanah rancangan Felda juga mendapat perhatian sama terutama keluarga miskin iaitu kerja membaik pulih rumah sebanyak RM5,000 seorang.

“Bagi kawasan Dun Paloh, seramai 200 keluarga miskin mendapat sumbangan berkenaan yang berjumlah RM10 juta dan semua kerja membaik pulih rumah mereka sudah selesai dilaksanakan,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

One Comment on “Jalan Felda Aring Akan Dibaik Pulih”

  1. mowindchoo
    August 1, 2013 at 8:09 pm #

    jalan felda aring ker tasik kenyir dah bole dilalui ker sekarang ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: