Jamalul Kiram III Arah Lancar Perang Gerila

tenteraSHAH ALAM – Individu yang menabalkan dirinya Sultan Sulu, Jamalul Kiram III kelmarin mengarahkan tentera dan penyokongnya di Sabah melancarkan perang gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Beliau turut menarik balik arahan gencatan senjata sebelah pihak seperti yang diumumkan sebelum ini.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh The Phillipine Star, Jamalul bertegas bahawa pengunduran  atau menyerah diri tenteranya dari Sabah bukan satu pilihan kerana katanya Sabah adalah tanah air mereka.

“Mereka sudahpun berada di tanah air mereka, mengapa perlu pulang semula?” kata Jamalul kepada wartawan di kediamannya di Bandar Taguig, Manila.

Sementara itu, jurucakap kepada Jamalul, Abraham Idjirani berkata, penentangan di Sabah akan diteruskan.

Beliau berkata, arahan gencatan senjata yang ditawarkan oleh kesultanan telah ditarik balik dan tentera Kiram diarahkan untuk menjalankan operasi ‘serang dan lari’ ke atas pasukan keselamatan Malaysia.

Jamalul juga mengakui adiknya, Azzimudie Kiram masih lagi berada di Sabah, berbeza dengan laporan daripada pihak berkuasa Malaysia yang mengatakan ketua militan itu telah melarikan diri ke Selatan Filipina.

Idjirani dilaporkan telah bercakap dengan Azzimudie pada malam Sabtu lalu dan diberitahu bahawa kumpulan mereka masih kuat.

Menurut akhbar Filipina, Idjirani berkata, pengikut kesultanan yang berjumlah 170 orang berpecah kepada tiga kumpulan untuk mengelak daripada dijejaki pesawat pengintip Malaysia yang berlegar-legar di udara sekitar Lahad Datu.

Selain itu, media Filipina melaporkan melalui sumber kerajaan mengatakan bahawa Azzimudie tiba di Kepulauan Sulu bersama pengiring terdiri dari pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).

Sumber itu menyebut Azzimudie kemungkinan berjaya melepasi kepungan tentera melalui Lahad Datu ke Sandakan sebelum tiba di Pulau Sibutu dan Sitangkai.

Baru-baru ini, pihak berkuasa Filipina telah memintas dua bot membawa 35 pengikut Sulu bersenjata berhampiran di Kepulauan Taganak dan menempatkan mereka di pangkalan tentera laut di Bato-bato, Panglima Sugala. Kumpulan ini dipercayai tiba dari Sabah.

Sejak 1 Mac lalu, 10 anggota keselamatan negara terbunuh dan 62 militan Kiram berjaya ditembak mati.

Malaysia melancarkan Op Daulat sejak 5 Mac lalu bagi menghapuskan kira-kira 200 pengikut Jamalul Kiram yang menuntut Sabah dari Malaysia atas alasan wilayah tersebut ‘disewa’ kepada negara. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: