8 Bot Nelayan Tempatan Ditahan Ceroboh Zon Perairan Khas

Image
Oleh RAITINI RAHMAN

BACHOK – Jabatan Perikanan Kelantan menahan lapan buah bot kelas A nelayan tempatan kerana menceroboh zon perairan yang dikhaskan untuk nelayan tradisional yang menggunakan sampan.

Pengarah Jabatan Perikanan Kelantan, Mohamad Mat Saman berkata, kesemua bot berkenaan ditahan ketika sedang menangkap ikan kira-kira satu batu nautika di antara Bachok dan  Tok Bali sekitar 10 hingga 12 tengahari semalam.

Menurutnya, sebahagian bot itu dibawa masuk ke jeti penguatkuasa Jabatan Perikanan di Tawang untuk tindakan lanjut.

“Selain menceroboh mereka juga tidak mempunyai lesen menangkap ikan dan akibat dua kesalahan itu mereka boleh didakwa mengikut Akta Perikanan 1985 iaitu denda RM500 atau bot dan peralatan dirampas, jika sabit kesalahan.

“Lesen kelas A yang ada pada mereka sepatutnya untuk menangkap ikan di zon yang dibenarkan iaitu lebih lima batu nautika dari pantai Tok Bali dan Bachok,” katanya ketika sidang media di pengkalan perikanan Tawang, Bachok petang semalam.

Mohamad berkata, tangkapan itu dilakukan selepas pihaknya banyak menerima aduan dari nelayan sampan yang mendakwa pendapatan mereka terjejas akibat penggunaan pukat tunda oleh bot berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya akan terus mengawasi 2,000 bot kelas berkenaan yang sedang beroperasi di seluruh perairan Kelantan.

Ia penting untuk memastikan kira-kira 1,500 nelayan sampan tidak akan terjas dan diganggu oleh bot-bot yang lebih besar termasuk 280 bot laut dalam.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: