Ibu Tunggal Trauma Anak Dan Kereta Dilarikan Penyamun

Oleh RAITINI RAHMAN
samun
BACHOK – Seorang ibu tunggal trauma apabila anaknya hilang beberapa jam selepas keretanya dilarikan penyamun selepas pulang berniaga dari pasar borong Wakaf Che Yeh awal pagi Ahad lalu.

Noraini Mohamad,39, berkata, ketika kejadian jam 2.30 pagi itu dia baru pulang dari berniaga dan memberhentikan kereta di depan rumah untuk membuka pintu pagar.

Menurutnya, sewaktu dia membuka pintu pgar tersebut, dia terdengar orang berlari dari dalam kegelapan malam dan terus masuk ke dalam keretanya.

Katanya, anaknya, Nordiri Amalina, 8, yang menemaninya berniaga turut berada di dalam kereta terbabit.

“Saya amat terkejut dengan kejadian itu yang amat pantas dan kereta itu terus dilarikan ke arah dalam kampung.

“Saya yang panik terus memanggil ibu di dalam rumah untuk memaklumkannya. Saya bimbang dengan keselamatan anak terus membuat laporan di Balai Polis Bachok,” ,” katanya kepada media ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pauh Sembilan dekat sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, anaknya ditemui beberapa jam kemudian di Kemumin, Pengkalan Chepa dipercayai ditinggalkan penyamun di kawasan tersebut.

Menurutnya, dia tidak dapat mengecam dua suspek lelaki yang memakai topeng dan seorang lagi tidak berbaju dan menutup mukanya dengan baju.

Suspek juga dipercayai membawa parang untuk menakutkang mangsa ketika melarikan kenderaan tersebut.

Noraini berkata, dia mendapat panggilan daripada Balai Polis Pengkalan Chepa yang memaklumkan anaknya berada di balai polis tersebut manakala keretanya jenis Proton Wira  ditemui keesokan harinya dibakar di tepi sawah berdekatan Kampung Tanjung Takang.

“Saya amat sedih dengan kejadian ini yang sudah kali ketiga kami disamun. Tahun lepas suami saya, Mohd Zabidi Adam meninggal dunia akibat barah usus. Saya hadapi semua ujian ini sendiri untuk membesarkan anak.

“Saya harap penyamun itu akan segera ditangkap memandangkan sudah banyak kali kami disamun di sini walaupun rumah kami bukan di kawasan sunyi dan dipenuhi rumah penduduk berdekatan,” katanya.

Ibunya, Hasanah Ishak,78, berkata, dia juga trauma dengan kejadian yang menimpa anak cucunya.

Katanya, kes pecah rumah di kawasan tersebut berlaku hampir setiap malam dan amat menakutkan penduduk setempat.

“Kami harap kes ini dapat diambil berat oleh pihak polis memandangkan kami sering menjadi mangsa samun.

“Cucu saya juga trauma dan enggan bercakap selepas hari kejadian. Dua hari dia tidak ke sekolah akibat trauma,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Ab Rahim Che Ghani mengesahkan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 395/ 397 Kanun Keseksaan.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: