Jangan Leka Dengan Pencapaian ETP, Kata Najib

imagesKUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razakberkata rakyat Malaysia tidak harus leka dengan kejayaan yang telah dicapai oleh Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan dua tahun lepas.

Katanya, Malaysia harus terus menangani isu seperti kemiskinan, produktiviti pekerja, kelestarian alam sekitar dan pendididikan, manakala faktor-faktor
ekonomi luaran bakal kekal mencabar pada masa hadapan.

Namun begitu, Najib kekal yakin dengan kemajuan berterusan Malaysia pada tahun-tahun akan datang.

“Bila tiba masanya, saya berharap untuk berkongsi ganjaran apabila negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi bersama-sama dengan mereka yang membantu mencapainya: rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian di dalam “Nota Daripada Perdana Menteri” yang terkandung di dalam Laporan Tahunan (ETP) 2012 yang diterbitkan oleh Unit
Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) di sini hari ini.

Najib berkata usaha Kerajaan dalam mentransformasi telah diiktiraf oleh badan antarabangsa seperti Bank Dunia, yang meletakkan Malaysia pada kedudukan
ke-12 bagi kemudahan dalam menjalankan perniagaan dalam Laporan Menjalankan Perniagaan 2013 berbanding dengan kedudukan ke-18 pada 2012.

Malaysia juga menerajui kedudukan laporan bagi kemudahan akses kepada kredit dan telah disenaraikan pada kedudukan ke-empat bagi perlindungan pelabur, katanya.

Najib berkata, antara kemajuan besar dari segi ekonomi yang telah dicapai sejak pelancaran ETP ialah pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) kekal kukuh dan stabil, kadar pengangguran dan inflasi kekal rendah, dan pelaburan, termasuk yang diperoleh daripada Tawaran Awam Permulaan ketiga terbesar di dunia (Felda Global Ventures Holding Bhd) pada tahun lepas, semakin meningkat.

Ini telah dicapai walau pun dalam suasana sukar yang dialami negara-negara lain dalam ekonomi global; Malaysia, dari banyak segi, menjadi satu-satunya
negara yang berada dalam keadaan ekonomi yang memberangsangkan dalam kesuraman ekonomi global, katanya, yang sungguh berbangga dengan pencapaian yang telah tercatat. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: