JPP Agih Bantuan ‘One-Off’ RM200 Kepada 14,000 Pelajar Anak Yatim

Image

Oleh RAITINI RAHMAN

KOTA BHARU – Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan akan mengagihkan wang ehsan ‘one-off’ sebanyak RM200 daripada kerajaan pusat kepada kira-kira 14,000 pelajar yang terdiri daripada anak-anak yatim di Kelantan kata Pengarahnya Datuk Makhtar Mustapha.

Makhtar berkata bantuan itu adalah sebahagian daripada peruntukan tambahan berjumlah RM30 juta yang diterima jabatan berkenaan bulan ini.

“Kita akan bekerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar tersebut. Wang ehsan tersebut juga akan diberi kepada anggota keluarga penduduk negeri ini yang meninggal dunia tahun ini.

“Kita minta sesiapa yang kehilangan anggota keluarga akibat kematian untuk tampil ke Pejabat Pembangunan Jajahan di setiap daerah dan bawa surat kematian sebagai pengesahan,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata, wang ehsan sebanyak RM500 akan diberikan kepada keluarga sebagai bantuan kepada mereka bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung.

“Tahun lepas, peruntukan wang ihsan paling banyak disalurkan kepada pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) membabitkan jumlah RM23 juta untuk 38,706 pelajar.

“Untuk tahun ini kita menjangkakan mungkin lebih daripada 18,000 orang pelajar yang akan memasuki IPTA pada peringkat awal,” katanya.

Kelantan telah menerima peruntukan sebanyak RM70 juta daripada Kementerian Kewangan melalui wang ihsan itu sejak 2010.

Sebanyak RM68 juta daripada peruntukan itu telah selesai diagihkan kepada rakyat negeri ini dalam pelbagai bentuk.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: