Pas Kelantan Restu Husam Ke Putrajaya

Oleh RAITINI RAHMANimagesKOTA BAHRU – Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Pas Kelantan akan menerima apa sahaja keputusan pucuk pimpinan parti itu berhubung tawaran kepada Naib Presiden parti itu, Datuk Husam Musa untuk bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang.

Beliau berkata, pihaknya menyerahkan sepenuh kuasa kepada Pas pusat untuk membuat keputusan dan menentukannya.

“Itu adalah hasrat Pas Putrajaya bagaimanapun pusat yang akan tentukan siapa bertanding di sana. Kata muktamad terletak di tangan mereka,” katanya ketika diminta mengulas tawaran Yang Dipertua Pas Putrajaya, Mohamad Nazir Zakaria kepada Husam bertanding di kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti sebagai peluang kemenangan Pas.

Mohd Amar berkata, terdapat beberapa nama lain dicadangkan dan disebut-sebut menjadi calon di kawasan tersebut namun enggan mendedahkannya.

Berhubung kepercayaan yang diberikan itu Husam dalam kenyataannya semalam menyatakan kesediaan untuk menjadi pencabar utama kepada calon Barisan Nasional di kawasan itu.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: