Pas Rantau Panjang Hadapi Krisis Dalaman

Image

 

Oleh RAITINI RAHMAN

RANTAU PANJANG – Pas Kawasan Rantau Panjang dikatakan bermasalah apabila ada dakwaan mengatakan Yang Dipertua Pas, Abdul Fatah Haron dan Ahli Parlimen kawasan terbabit, Siti Zailah Mohd Yusof didakwa tidak sebulu dan tidak boleh duduk semeja.

Menurut sumber dalaman Pas kawasan terbabit, tindakan kedua-dua pemimpin ini dipercayai tidak boleh duduk semeja untuk membuat sebarang rundingan menimbulkan masalah kepada Pas kawasan lebih-lebih lagi dalam menghadapi pilihanraya umum tidak berapa lama lagi.

Katanya, masalah yang dihadapi kedua-dua pemimpin ini sudah melibatkan banyak pihak di kawasan ini sehinggakan wujud pelbagai perkara yang tidak masuk akal sejak akhir-akhir ini.

“Masalah bertambah parah apabila papan tanda pejabat Parlimen Kawasan Rantau Panjang yang terletak di Pusat Tarbiah Pas Rantau Panjang dibuang oleh pihak tertentu. Tindakan ini memburukkan lagi keadaan dan kekuatan Pas dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13.

“Bukan itu sahaja penghulu Pas di kawasan ini juga sudah berpecah kepada dua kumpulan mengikut pemimpin masing-masing. Malah ada penghulu yang dilucutkan jawatannya hanya kerana tidak menykong pemimpin tertentu,” katanya kepada DetikPerubahan.com ketika ditemui di sini, hari ini.

Jelasnya, kemelut itu timbul dipercayai berpunca daripada tindakan Ahli Parlimen yang membuat keputusan tanpa berbincang dan merujuk pimpinan Pas kawasan.

“Pimpinan Pas kawasan dikatakan tidak senang dengan tindakan Ahli Parlimen yang sering membuat keputusan sendiri tanpa berbincang terlebih dahulu manakala Yang Dipertua Pas kawasan pula dikatakan sering memaksa pimpinan Pas kawasan mengikut apa sahaja yang diarahkan dengan alasan beliau mempunyai hubungan rapat dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Pesuruhjaya Pas negeri,” katanya.

Sehubungan itu, pimpinan Pas negeri diminta campurtangan berhubung isu terbabit bagi mengelakkan perpecahan yang akhirnya akan merugikan Pas pada pilihanraya umum nanti.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: