Presiden MCA: Kit Siang Ahli Politik ‘Touch N’ Go’

imageJOHOR BAHRU – Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyifatkan Lim Kit Siang sebagai ahli politik “touch n go” atau “singgah lalu” susulan keputusan veteran DAP itu untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Dalam kenyataan media yang dipapar pada laman sesawang parti, Soi Lek berkata, berdasarkan rekod Kit Siang, Ahli Parlimen Ipoh Timur itu tidak pernah
lama mewakili satu-satu kawasan.

“Sebagai rakyat Malaysia, Lim berhak bertanding di mana-mana kerusi yang beliau mahu dan selaku pemimpin agung DAP, beliau juga berhak memilih kerusi
yang beliau suka tidak kira beliau akan berkhidmat di situ atau tidak.

“Jika kita mahu menyatakannya dengan sopan, beliau merupakan ahli politik ‘langgar lari’, tetapi jika cakap kasar beliau ahli politik ‘singgah lalu’,”
katanya.

Soi Lek berkata, Lim bertanding sebanyak 10 kali, menang tujuh dan kalah tiga, namun persoalannya adakah beliau pernah berkhidmat kepada rakyat di
kawasan yang dimenanginya.

Beliau juga menyelar DAP yang menggelar diri mereka sebagai parti pelbagai bangsa, namun hanya bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina seperti kerusi Gelang Patah.

Katanya, jika benar DAP sebuah parti melangkaui bangsa, mereka sepatutnya berdepan calon handalan Umno, bukan menentang muka baharu yang muda di kawasan majoriti pengundi Cina.

“Justeru bagi saya walaupun DAP melaungkan slogan tidak amal politik berasaskan kaum, mereka sebenarnya mengamalkan politik perkauman.

“DAP bercita-cita tinggi, tetapi mereka tahu mereka tidak akan mampu menumbangkan Barisan Nasional di Johor, justeru mereka hanya mahu melaga-lagakan sesama Cina bagi menyingkirkan MCA,” katanya.

Beliau turut meluahkan rasa bimbang kaum Cina akan kerugian kerana diperalat DAP.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri  Mohamed Khaled Nordin berkata,  tindakan pemimpin parti pembangkang yang sering bertukar kerusi setiap kali pilihan raya umum diadakan menyukarkan pengundi menilai kemampuan dan prestasi mereka.

Khaled berkata, tindakan itu juga akan menyukarkan mereka memahami kehendak dan masalah setempat.

Untuk itu, beliau yakin pengundi kawasan Parlimen Gelang Patah, Johor bijak untuk memilih calon wakil rakyat mereka pada pilihan raya umum ke-13 kerana pengundi di kawasan itu lebih mementingkan pemimpin yang memahami isu-isu setempat daripada pemimpin yang hanya bercakap mengenai isu nasional.

Mohamed Khaled yang merupakan anggota Parlimen Pasir Gudang, Johor berkata demikian apabila diminta mengulas pengumuman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin bahawa Kit Siang akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah.

Kit Siang, 72, yang merupakan anggota Parlimen Ipoh Timur untuk dua penggal, akan bertukar angin ke Johor.

Beliau mula bertanding sejak pilihan raya umum 1969 di kerusi Bandar Melaka telah bertanding di kerusi Parlimen Petaling pada pilihan raya 1978, setelah dua penggal di Melaka.

Pada pilihan raya umum 1982, beliau kembali ke Melaka bertanding kerusi Parlimen Kota Melaka dan pada 1986 ke Parlimen Tanjong, Pulau Pinang dengan
mengekalkan kerusi itu untuk tiga penggal, sebelum berpindah ke kerusi Parlimen Bukit Bendera dan kalah kepada calon Barisan Nasional Datuk Seri Chia Kwang Chye pada pilihan raya umum 1999.

Pada pilihan raya umum 2008, kerusi Parlimen Gelang Patah dimenangi  oleh calon Barisan Nasional (BN) Tan Ah Eng yang mengalahkan calon PKR, Zaliha  Mustafa dengan majoriti 8,851. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: