Rais: Internet Percuma Mulai Bulan Depan

imagesKUALA LUMPUR – Perkhidmatan internet percuma selama 30 minit sehari dijangka dilaksanakan April ini dan bakal dinikmati kira-kita lima juta rakyat Malaysia.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, mereka yang akan mendapat faedah itu, termasuk golongan yang berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 bagi setiap isi rumah atau mengikut kelayakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Khidmat internet akan diberi percuma kepada rakyat miskin dan pendapatan mengikut (kelayakan) skim BR1M. Percuma setengah jam pertama bagi kepentingan keluarga, diri sendiri dan perniagaan.

“Ia akan melibatkan semua yang berhak menerima BR1M, kita mulakan di paras itu.

Pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah bagi satu keluarga dianggap boleh menerima BR1M.

Sebab itu kita akan gunakan penahapan itu untuk timbang kelayakan (untuk terima internet percuma). Kita tak akan sekat kalau ada yang lebih miskin. Kita akan buat kaji selidik yang lebih rapi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Warga Telekom Malaysia (TM) dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Menara TM, hari ini.

Najib hari ini mengumumkan perkhidmatan internet percuma bagi setengah jam pertama kepada rakyat miskin di bandar dan luar bandar, dengan butiran lanjut akan dikemukakan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Rais berkata, kementerian akan berbincang dengan syarikat-syarikat telekomunikasi supaya perkara itu dapat dilaksanakan secepat mungkin.

“Kami diberitahu yang April ialah masa yang sesuai jadi kami akan cuba berusaha melaksanakannya dalam tempoh itu. Kami mungkin berdepan sedikit masalah mekanikal tapi kami harap dapat laksanakan pada April,” katanya.

Beliau memaklumkan program itu akan digerakkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan mesyuarat penyelarasan akan diadakan minggu depan.

“Kami akan adakan perbincangan. Ia harus bergantung kepada keperluan asas seseorang itu. Kami akan gariskan perkhidmatan-perkhidmatannya serta mekanisme dan pada minggu depan diharapkan kami dapat rumuskan perkara perkara yang benar-benar jelas, terkini mengikut peraturan dan ketetapan sedia ada,” katanya.

Rais berkata, kementerian akan turut melihat kepada lebih 4,000 kampung tanpa wayar dan pusat-pusat internet milik TM dalam melaksanakan program berkenaan.

Beliau turut menjangkakan Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur bakal menjadi lokasi pertama pelaksanaan program itu kelak. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: