Tiada Krisis Antara Kami – Fatah

Oleh RAITINI RAHMAN

Ajan with FatahRANTAU PANJANG – Yang Dipertua Pas Rantau Panjang, Abdul Fatah Haron menafikan dakwaan yang kononnya beliau dan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof tidak sebulu.

Abdul Fatah berkata, beliau dan Siti Zailah tidak menghadapi sebarang masalah.

“Saya dan dia tak ada masalah. Cuma mungkin masing-masing sibuk dengan tugas dan tanggungjawab yang dipikul menyebabkan timbul dakwaan dan khabar angin itu.

“Saya jaga kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) banyak terlibat dengan program kerajan negeri dia pula jaga Parlimen pastinya banyak melibatkan program di Parlimen. Kami tak ada masalah,” katanya kepada DetikPerubahan.com di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pihak tertentu yang mengatakan beliau dan Siti Zailah tidak sebulu dan timbul krisis di antara mereka berdua.

Abdul Fatah yang juga Ahli Dewan Undangan Bukit Tuku berkata, dakwaan itu mungkin timbul ekoran Siti Zailah dilihat kurang menyertai program anjuran DUNnya.

“Mungkin dakwaan itu timbul sebab dia dilihat kurang menyertai program anjuran Dun dan mungkin juga pendekatan di antara kami yang berbeza.

“Dulu saya sewaktu jadi Ahli Parlimen saya suk menempel (hadir) ke majlis anjuran Dun tetapi dia ada pendekatan dia sendiri. Mungkin juga sebab dia perempuan jadi banyak perkara yang membataskannya.

“Sebagai contoh dia mungkin malu nak buat macam saya yang hadir pada program Dun walau tidak dijemput,” katanya menjelaskan apa yang berlaku.

Sehubungan itu katanya, tidak timbul isu tidak sebulu sehingga menggugat kestabilan parti seperti yang digembar-gemburkan.

Tags: , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: