Tidak Bimbang Percaturan Politik Pas

Image

Oleh RAITINI RAHMAN

BACHOK – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin menyifatkan percaturan Pas yang mengambil bekas-bekas calon pilihanraya Barisan Nasional (BN) untuk berceramah di pentas parti itu tidak sedikitpun menggugat sokongan rakyat terhadap BN.

Beliau berkata, tindakan itu lumrah dan menjadi perkara biasa di dalam politik.

“Kita tidak bimbang dengan percaturan terbaru Pas kerana ia lumrah biasa dalam politik.

“Apa yang penting sokongan rakyat semakin baik, jika kerana seorang dua yg masuk Pas dan berceramah di pentas Pas, itu hak dia.

“Jika dia rasa tidak puas hati terhadap sesuatu, itulah yang biasa berlaku dalam parti. Kita tidak dapat kawal dan ikut semua kemahuan dia kerana perjuangan kita lebih pentingkan rakyatn,” katanya kepada DetikPerubahan.com di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan bekas calon Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke-11, Zulkifli Zakaria yang menyerahkan borang keahlian Pas kepada Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dalam satu majlis sewaktu ceramah Pas di Kampung Keting, dekat sini baru-baru ini.

Awang Adek yang juga Ketua UMNO Bahagian Bachok berkata, rakyat kini sudah bijak menilai pemimpin yang mampu membantu mereka.

“Rakyat sudah kenal siapa dia dan boleh nilai sendiri, bukan orang tidak kenal dia siapa dan bagaimana sikapnya,” katanya.

Sehubungan itu beliu berkata, UMNO kini lebih selesa dengan pendekatan membiarkan rakyat menilai sendiri sejauhmana seorang ahli dan pemimpin yang melompat parti.

“UMNO akan memberikan tumpuan bagi melakukan yang terbaik untuk rakyat. Kita percaya kepada keikhlasan perjuangan kita.

“Kita tidak merasa terancam dengan segelintir bekas ahli yang cuba bermain di pentas ceramah pembangkang. Kita ada cara sendiri untuk menangkis setiap cabaran itu,” katanya.

Beliau berkata, apa yang diharapkan ialah sokongan ahli terhadap perjuangan UMNO untuk membela nasib rakyat di negara ini.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: