Warga India Ditahan Miliki Dadah Bernilai RM200 Ribu

KastamKOTA BHARU – Seorang warga India ditahan dalam satu pemeriksaan oleh anggota Kastam. di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dekat sini semalam kerana memiliki dadah jenis ketamin seberat lima kilogram yang bernilai RM 200,000.

Pengarah Kastam Negeri, Datuk Azis Yacub berkata, rampasan dilakukan selepas memeriksa bagasi lelaki berusia 29 tahun itu, yang tiba dalam satu penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu kira-kira jam 4.30 petang.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan terhadap bagasi yang dibawa lelaki terbabit, kita telah menemui dadah yang disorokkan dalam satu bahagian yang direka khas dalam bagasi itu, melalui bungkusan kertas lut sinar bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Setakat tahun ini, rampasan terbabit merupakan kejayaan terbesar pasukan Kastam Kelantan, katanya kepada media di pejabat Kastam Padang Bongor, di sini hari ini.

Beliau berkata, melalui siasatan yang dijalankan, lelakit terbabit ditahan di bawah seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori.

“Melalui siasatan awal yang dilakukan terhadap lelaki itu yang juga disyaki pengedar dadah, cuba membawa masuk dadah terbabit ke negeri ini untuk mengedarkan bahan terbabit atas permintaan pihak tertentu.

“Setakat ini kita masih menjalankan siasatan lanjut terhadap lelaki berkenaan yang direman di mahkamah bermula hari ini (semalam), selama tujuh hari,” katanya.

Azis berkata, pihaknya akan sentiasa menjalankan pemeriksaan di kawasan-kawasan sekitar lapangan terbang, termasuk di kawasan-kawasan sempadan di negeri ini bagi membenteras kegiatan seumpamanya hingga ke akar umbi.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: