YDP MPKB-BRI: Kota Bharu Masih Kotor

imagesKOTA BHARU – Setelah dua tahun kempen kebersihan dilancarkan, namun tahap kesedaran orang ramai dalam menjaga kebersihan di sekitar bandar ini masih rendah, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Baharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Fauzi Mat.

Beliau berkata ini membantut sasaran MPKB-BRI untuk menjadikan bandar ini bersih sepenuhnya.

“Apa yang dikesalkan masih terdapat di kalangan penduduk yang misalnya membuang sampah di luar tong sampah yang disediakan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Hari Tanpa Penggunaan Beg Plastik di sebuah pasaraya di sini hari ini.

Ia dirasmikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Zainuddin Awang Hamat.

Fauzi berkata di bawah undang-undang kecil mencegah kekotoran MPKB-BRI, pihaknya telah mengeluarkan saman terhadap lebih 500 kes tahun lepas dan tahun ini sehingga 18 Mac lepas, lebih 50 saman dikeluarkan.

Di majlis itu, beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan kebersihan bagi enam kategori termasuk restoran, kawasan perumahan, gerai makan dan tandas awam. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: