Hina Pasukan Keselamatan, Guru Dibebas Sementara Dengan Jaminan Polis

images

KOTA BHARU – Guru yang didakwa menghina pasukan keselamatan di Lahad Datu melalui laman sosial Facebook miliknya dibebaskan sementara hari ini dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Mohd Kamal Zainal berkata ia berikutan perintah tahanan reman terhadap guru tersebut selama tujuh hari berakhir.

“Suspek kini dibebaskan sementara dengan ikat jamin polis sehingga siasatan mengenai kes tersebut lengkap dan akan merujuk kembali kes berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Guru berusia 37 tahun yang bertugas di sebuah sekolah di Tok Bali ditahan  kira-kira 7 malam pada Khamis lepas di sebuah rumah di Jalan Panglima Raja, Kampung Gong Serapat di sini.

Guru sekolah rendah itu dilapor membuat kenyataan menghina pasukan keselamatan sebagai “anjing” dan menganggap kematian mereka sebagai “mati katak” dalam laman sosial Facebooknya.

Polis menahan lelaki itu dibawah Seksyen 41 (B) Akta Hasutan 1948.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: