Husam Terpaksa Tempuh Kickdefella Sebelum Tengku Adnan. Kenyataan Bersumpah Wanita Cina Menanti?

AMIRUL HAFIZ

Husam Kambing-1KOTA BHARU – Sketsa politik hari ini tiba-tiba tertumpu kepada spekulasi Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang diminta bertanding kerusi Parlimen Putrajaya.

Bagaimanapun perjalanannya untuk menuju ke kota pentadbiran kerajaan Malaysia bukan perkara mudah malah beliau terpaksa berhadapan dengan seturu utamanya, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang juga penulis blog Kickdefella terlebih dahulu.

Ia jelas kerana Kickdefella awal-awal sudah melaungkan amaran kepada Husam melalui Twitternya semalam.

Statusnya yang berbunyi – ‘Jika @HajiHusamMusa nak lawan @TengkuAdnanReal di Parlimen Putrajaya, saya akan pasang khemah disana pastikan Putrajaya kenal siapa Husam’.

Twitt tersebut menjadi hangat di ruang maya semalam. Malah ada pihak yang telah menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan untuk membantu Kickdefella.

Jika ini berlaku ia amat menarik kerana sebelum ini hasrat Kickdefella untuk mendedahkan siapa Husam sebenar di Mahkamah gagal bila Husam berkali-kali mengelak untuk memberi keterangan dalam kes samannya.

Sementara itu, menurut sumber yang  mengikuti perkembangan kes itu dengan rapat memberitahu Detikperubahan.com, Kickdefella mungkin memiliki kenyataan bersumpah seorang perempuan Cina dan Husam akan diminta menjelaskan hubungannya dengan perempuan itu.

Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara tersebut daripada peguam Syed Azidi gagal kerana pasukan peguam itu enggan mengulas mengenainya.

Namun pada masa yang sama, sumber terbabit memberitahu bahawa peguam Husam telah ‘dibisikkan’ mengenai kenyataan bersumpah itu pada 18 Disember lalu.

Pada 5 Mac lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Mariana Yahya, menegur Husam yang gagal hadir perbicaraan kes saman malunya terhadap Syed Azidi.

Husam menyaman Syed Azidi atau lebih dikenali sebagai ‘Kickdefella’ pada September 2011 lalu. Syed Azidi diwakili peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos.

Kedudukan Husam pada pilihan raya umum kali ini jadi tidak menentu selepas ‘penolakan’ yang kuat daripada majoriti pemimpin utama Pas Kelantan.

Pada masa yang sama, beliau juga tidak mendapat ‘restu’ untuk terus kekal di kerusi DUN dan sekiranya kekal sekali pun beliau tidak mungkin akan mendapat jawatan yang lebih tinggi – mungkin hanya wakil rakyat biasa.

Justeru itu, timbul desas desus beliau akan bertanding di Putrajaya dan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah memberi alasan berlapik – “kita tidak ada masalah sekiranya Pas Pusat meminta beliau bertanding di Putrjaya” – boleh dibaca daripada pelbagai sudut.

Jadi mahu tidak mahu Husam yang pernah tewas untuk merebut jawatan Timbalan Presiden Pas terpaksa berkorban dalam keadaan terhormat bertanding di Putrjaya.

Tags: , , , , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: