‘Isteri Tulang Belakang Ku’

imagePASIR MAS – Jika tidak kerana bantuan seorang isteri, seorang warga emas di Kampung Padang Embun, pasti tidak dapat menjalani kehidupan dengan sebaik mungkin.

Abdul Rashid Mohamad, 63, yang menderita penyakit angin ahmar (strok) sejak dua tahun lalu, bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang penyabar dan bertanggungjawab.

Menurutnya, dia mengalami lumpuh di bahagian kiri badan dan pergerakannya terbatas selepas diserang strok.

“Semua keperluan saya seperti mandi, solat dan makan dibantu oleh isteri kerana saya tidak mampu bergerak seorang diri,” katanya, selepas mendapat kunjungan mesra daripada Ketua Umno Pasir Mas, semalam.

Menurutnya, dia juga terharu setiap kali rakan lama, jiran dan saudara-mara berkunjung untuk menziarahi keadaannya selepas diserang penyakit tersebut.

Katanya, kunjungan ini akan memberi semangat kepadanya agar terus berusaha sehingga sembuh sepenuhnya daripada penyakit ini.

“Saya berharap, beliau (Hanafi) akan terus membantu kami yang kurang upaya ini dan sentiasa prihatin dengan keadaan rakyat seperti kami,” katanya.

Sementara itu, Hanafi berkata, ‘Program Pemimpin Prihatin Rakyat Dihati’ ini ditumpu kepada penduduk yang mempunyai sakit kronik, miskin dan kurang upaya.

“Kita akan mengadakan 12 siri lawatan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tendong dan menziarah 20 penduduk dalam setiap siri serta menyampaikan bantuan berjumlah RM3,000.

“Bantuan sebanyak RM100 setiap keluarga berupa makanan keperluan asas seperti beras, bihun, minyak masak, gula dan makanan dalam tin disampaikan bagi meringankan kehidupan mereka,” katanya, semalam. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: