Pas Dalang Disebalik ‘Asal Bukan Dali’ (ABD)

jeming3KOTA BHARU – Propaganda busuk Pas dan lidah rasminya, Harakahdaily.net untuk mengkucar-kacirkan UMNO Bahagian Pengkalan Chepa akhirnya terbongkar pada malam tadi.

Ia gara-gara tindakan sekumpulan manusia yang membawa bendera UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengadakan demonstrasi di hadapan hotel Sutera Inn untuk bertemu dengan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Dali Husin.

Rupa-rupanya kumpulan tersebut diketuai oleh aktivis Pas Kelantan tersohor, Jeming Hassan (untuk makluman Jeming tidak dapat menyebut huruf  R dengan betul). Rujuk dua artikel harakahdaily sebelum ini disini dan disini.

Tidak perlu untuk mengulas panjang kerana gambar- gambar ini menceritakan segala-galanya.

Nampaknya kali ini Pas amat terdesak, sehinggakan di kubu kuat sendiri yang dikepalai oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terpaksa main kotor sehingga upah orang berlakon menjadi ahli UMNO kemudian buat kacau, buat demonstrasi ABD (Asal Bukan Dali).

Jadi fikirlah sendiri inikah contoh parti Islam yang dipimpin oleh ulama.

jemingjeming2

20130321-093501.jpg

20130321-093344.jpg

Tags: , , , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: