PKR Kelantan Letak 70 Peratus Muka Baru

Image

Oleh RAITINI RAHMAN

KOTA BHARU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan berkemungkinan meletakkan 70 peratus muka baru untuk bertanding di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Pengerusi PKR negeri, Abdul Aziz Kadir berkata, senarai calon-calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum kali ini telahpun dihantar kepada pimpinan tertinggi parti untuk dibuat keputusan akhir.

Beliau berkata, setakat ini senarai mana yang diserahkan kepada pimpinan tertinggi menunjukkan ada perubahan yang agak besar namun tidak mustahil akan wujud perubahan di saat-saat akhir nanti.

“Kita telah menghantar senarai kepada pimpinan pusat untuk diputuskan. Berdasarkan senarai yang dihantar itu kemungkinan 70 peratus calon yang akan mewakili PKR pada pilihan raya nanti adalah muka baru.

“Namun semuanya bergantung kepada pimpinan tertinggi parti untuk menentukan keputusannya,” katanya kepada DetikPerubahan.com di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kedudukan calon yang bakal mewakili PKR pada pilihanraya umum nanti.

Sementara itu, mengulas mengenai kerusi Parllimen Bachok yang dikatakan menjadi rebutan calon Pas dan PKR beliau menjelaskan, pihaknya telah membuat permohonan mengenainya dan permohonan itu ditolak. Kerusi parlimen Bachok itu kekal menjadi milik Pas.

“Sebelum ini kita ada membuat permohonan bertulis dan kita telah mendapat jawapannya yang mana kerusi itu kekal menjadi milik Pas namun keputusan itu belum muktamad. Ia bergantung kepada mesyuarat majlis presiden parti yang akan berlangsung tidak lama lagi bagi menentukan kedudukannya,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: