PR Dilihat Makin Terdesak, Dakwa Umno

imagesSELAYANG – Pakatan Rakyat (PR) dilihat semakin terdesak untuk mencapai matlamat mereka menawan Putrajaya.

Ketua Pemuda Umno Selayang, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, saban hari PR menggunakan medium alternatif menyebar fitnah selain siri ceramah untuk mempengaruhi rakyat.

“Lama kelamaan rakyat akan percaya pembohongan mereka apabila saban hari menyebar fitnah. Kita perlu giat menjalankan sesi penerangan.

“Mereka menjanjikan bulan dan bintang tetapi manifesto pilihan raya lalu tidak ditunaikan sebaliknya membuat janji baru,” katanya di hadapan 200 ahli Pertubuhan Ikatan Pemuda Minang dalam majlis silaturahim yang diadakan di hadapan pejabat Pemuda Umno malam kelmarin.

Menurutnya, beliau turut mempertikai tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat mencabar rakyat.

“Sepatutnya tugas menteri besar adalah membela nasib rakyat bukan memusuhi rakyat. Apabila kita menuntut hak dalam manifesto lalu, Abdul Khalid mencabar supaya rakyat menyaman kerajaan negeri.

“Kebelakangan ini dapat dilihat banyak rakyat bangkit menuntut hak dan memfailkan saman berikutan kegagalan PR menunaikan janji bermula dengan tuntutan air percuma, elaun suri rumah dan ibu tunggal serta bantuan RM50 untuk anak prasekolah,” katanya.

Sohaimi berkata, pilihan raya kali ini adalah cabaran paling besar kepada BN.

“Justeru rakyat harus membuat pilihan tepat sama ada memilih kebenaran atau janji palsu yang terbukti tidak memberi keuntungan dalam pilihan raya lalu,” katanya.

Dalam program tersebut, sebanyak 250 permohonan keahlian Umno diterima daripada Pertubuhan Ikatan Pemuda Minang.

Presidennya, Nasrudin Baginda berkata, pertubuhan memberi kepercayaan penuh kepada Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir negara.

“Hanya Umno yang boleh memerintah negara dan Selangor. Lima tahun PR di Selangor tidak memperlihat banyak perubahan dan pembangunan di sini.

“Program yang dijalankan PR tidak banyak membantu kebajikan rakyat termasuk kami yang rata-ratanya dalam kalangan peniaga,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: