Guru Hina Pasukan Keselamatan Kes Terpencil – Awang Adek

DSC_0203

Oleh RAITINI RAHMAN

BACHOK – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin menyifatkan kes penahanan seorang guru yang menghina pasukkan keselamatan dalam Operasi Daulat di Sabah sebagai kes terpencil dan tidak menggambarkan pendirian lebih 30,000 guru di Kelantan.

Beliau berkata, sebahagian besar guru-guru di Kelantan menyokong penuh tindakan kerajaan memburu pencerobohan kaum Sulu di Lahad Datu, Sabah.

“Mereka berdiri teguh di belakang kerajaan dalam usaha mendaulatkan keselamatan negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibubapa Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas seorang guru yang ditahan kerana menghina pasukan keselamatan dengan gelaran “anjing” dan menganggap kematian mereka sebagai mati “katak” dalam laman sosial faecebook, dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.

Guru berkenaan dilaporkan ditahan di sebuah rumah dekat Gong Serapat, Pasir Puteh pada pukul 7 petang 14 Mac lepas dan polis turut merampas komputer riba miliknya bagi siasatan lanjut.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, pendirian guru berkenaan itu seiring dengan kemarahan rakyat di seluruh negara terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua yang menganggap pencerobohan itu sebagai sendiwara Umno dan kerajaan.

Ketika berucap pada majlis berkenaan, Awang Adek berkata, guru dan ibubapa khususnya penduduk Kelantan tiada pilihan lain selain memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 kelak, jika mahu Kelantan membangun.

Beliau berkata, Bachok yang memiliki kawasan pantai sejauh 40 kilometer berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan pelancongan yang bertaraf antarabangsa.

“Ia sejajar dengan slogan “Bachok Baru Bachok Maju” sebagai hab pendidikan dan pelancongan yang kini sudah pun wujud beberapa pusat pengajian tinggi terutama Universitu Malaysia Kelantan (UMK), Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) dan Pusat Penyelidikan Lautan Samudera, Universiti Malaya (UM),” katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok.

Beliau berkata, jika BN diberi peluang banyak lagi projek besar akan dibina termasuk Hospital Daerah Bachok dengan peruntukan RM100 juta di Bakong dan Universiti Teknologi Mara (UITM) yang akan dibina di Sungai Dua atau di Kampung Kemayan.

“Ini akan memberi peluang pekerjaan kepada anak tempatan lepasan universiti,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

One Comment on “Guru Hina Pasukan Keselamatan Kes Terpencil – Awang Adek”

  1. March 22, 2013 at 6:50 pm #

    Takdenya terpencil bro, tgk link ni… siap menghasut lagi… harap bro dpt share benda ni di blog saudara. http://lamanizzs.blogspot.com/2013/03/lagi-cikgu-hina-pasukan-keselamatan.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: