Kerajaan Nafi Gagal Urus Tanah

ahmad yakob

Oleh AMIRUL HAFIZ

TUMPAT – Kerajaan Pas Kelantan menafikan dakwaan mereka gagal menguruskan tanah di hulu Kelantan, sebaliknya meletakkan kesalahan ke atas peneroka asal kononnya telah memohon tanah berkenaan tanpa saluran betul tetapi melalui sindiket.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob berkata, kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap masalah yang dihadapi peneroka terbabit kerana tidak mempunyai maklumat menyatakan tanah itu sudah dimiliki ekoran ia diuruskan oleh sindiket terbabit.

“Sebenarnya apabila kerajaan semak isu tanah yang dikemukakan, kerajaan telah pun melalui wakil rakyat berbincang dengan mereka yang meneroka tanah tanpa kebenaran kerajaan sebahagian besar telah dikeluarkan dan sememangnya telah dibayar deposit.

“Cuma yang ada sekarang, kemungkinan besar ialah peneroka secara sindiket, dan inilah masalah kita apabila kita kenal pasti kawasan untuk diserahkan kepada badan-badan kebajikan dengan secara tidak langsung apabila kita beri, mereka masuk secara senyap-senyap dan membuat ‘pitis’ (wang) sendiri dan jual kepada masyarat dan mereka tak tahu.

“Apabila kita bangun kawasan itu, orang yang beli melalui agensi yang tidak sah atau sindiket menyebabkan mereka marah pada kerajaan. Jadi kita memohon kepada rakyat supaya berhati-hati dengan kumpulan-kumpulan ini yang sentiasa jual tanah kerajaan,” katanya.

Kontroversi isu pengambilan tanah negeri ini menarik perhatian umum selepas pendedahan mengenai dua pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Khoo Ham dan Nga Kor Meng diberi peluang memiliki tanah di negeri ini seluas lebih 4,000 hektar di Mukim Relai, Gua Musang.

Bahkan ia semakin hangat dengan pendedahan visual ratusan ribu hektar tanah di negeri ini digondol secara rakus untuk pembalakan sehingga menyebabkan kemusnahan khazanah hutan negara.

Antara kawasan paling teruk diterokai adalah Dabong, Bertam, Lojing, Kuala Betis, Hulu Sungai Brok, Hutan Simpan Sungai Satar dan Pergau.

Ahmad berkata, kewujudan sindiket itu berjaya dikesan melalui siasatan yang dilakukan sejak rampasan tanah di Kelantan tercetus dan pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap sindiket terbabit sebelum tindakan lanjut diambil.

“Kita sedang perhati dan semak siapakah dibelakang ini untuk diambil tindakan. Kita ada maklumat, namun masih belum disahkan dan kita akan buat dakwaan sekiranya ada bukti jelas. Dia malukan  kerajaan sebab kita selesaikan semua,” katanya.

Mengulas lanjut beliau mendakwa, bantahan rakyat terhadap kerajaan Pas Kelantan berhubung isu tanah yang dirampas hanyalah satu sandiwara menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU).

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

One Comment on “Kerajaan Nafi Gagal Urus Tanah”

  1. berani mengaku salah
    March 22, 2013 at 4:07 pm #

    sekarang PAS pula bermain dengan perkataan “sandiwara” padahal ianya adalah satu realiti yang dilakukan mereka seperti mana PKR menafikan pembabitan mereka dalam isu Sabah.orang yg melakukan kesalahan kemudian menimpakannya keatas orang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: