Keyakinan UMNO Kekal, Rampas Kelantan

DSC_0437

Oleh AMIRUL HAFIZ

KOTA BHARU – Barisan Nasional (BN) tetap kekal dengan keyakinannya akan dapat merampas kembali Kelantan dari kerajaan Pas pada Pilihan Raya Umum – 13 (PRU – 13) nanti.

Keyakinan itu terus dikuatkan dengan fenomena Gelombang Merah yang dilihat kian menguasai jiwa rakyat sejak ia dilancarkan tiga tahun lalu.

Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri  Mustapa Mohamad berkata,fenomena ini menjadi suatu petanda baru kebangkitan BN.

“Gelombang Merah bermula sejak kejayaan ikon Kelantan, pasukan bola sepak negeri, The Red Warriors (TRW) meningkat naik dan menjadi ikutan kepada hampir seluruh rakyat negeri ini.

“Dan dalam masa yang sama kita turut menjadikannya sebagai salah satu slogan yang sebati dalam jiwa masyarakat semua walaupun hanya Kelantan sahaja yang menggunakan warna merah, yang lain semuanya biru,” katanya pada Program Bicara Politik ‘Gelombang Merah’ semalam.

Beliau berkata, rakyat kini mula sedar tentang keperluan mereka yang harus dititik beratkan oleh kerajaan dan pelbagai isu yang terdedah di pihak pembangkang menampakkan dasar pembangkang tidak ubah seperti omong kosong.

Selain perubahan di kalangan rakyat katanya, lebih membanggakan apabila banyak kumpulan ulama dari pondok-pondok di negeri ini menyedari kepincangan pembangkang terutamanya dalam isu membabitkan akidah orang Islam seperti kalimah Allah.

“kelemahan Pas terutamanya dalam mengatasi masalah seumpama itu membuatkan kepercayaan mereka terhadap Pas kian terhakis. Kelantan merupakan negeri yang kuat berpolitik, tidak kira di mana sahaja berada, dari kedai kopi sehinggalah ke dalam surau, isu politik tetap menjadi bualan utama.

“Malah masih ada lagi yang mengamalkan hukum-hukum songsang seperti orang UMNO tidak boleh dikebumikan di tanah kubur milik orang Pas, orang Pas tidak boleh bersolat di masjid yang didirikan oleh pemimpin UMNO dan sebagainya,” katanya.

Jelasnya, UMNO mengambil pendekatan cuba merungkaikan perkara-perkara demikian supaya ia tidak menjadi sesuatu yang sebati dalam jiwa masyarakat sehingga menolak UMNO sebagai sebuah kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat di negara ini.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: