Mukhriz: Jangan Fikir Pasal Calon MB

imagesJERLUN, Kedah – Anggota Umno dan penyokong Barisan Nasional (BN) di Kedah diminta tidak terlalu memikirkan siapa yang akan menjadi menteri besar jika BN berjaya menawan kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Sebaliknya kata Timbalan Pengerusi Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, yang penting sekarang adalah untuk memastikan BN menang pada PRU itu.

“Letakkan dacing dulu. Bila Perdana Menteri umum bubar Dewan Rakyat dan negeri-negeri bubar DUN (Dewan Undangan Negeri), kemudian umum calon, jangan fikir itu semua (siapa jadi Menteri Besar).

“Fikir menangkan calon. Ini adalah masa untuk kukuhkan dan beri kekuatan kepada BN,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mini Ekspo Mini Mara dan Kampungku Mahir peringkat Kedah, di sini hari ini.

Katanya perkara seperti pemilihan menteri besar hanya berlaku selepas pilihan raya selesai.

Beliau berkata PRU13 juga merupakan ujian kesetiaan dan ketaatan anggota Umno serta penyokong BN kepada parti.

Mukhriz yang juga Anggota Parlimen Jerlun mengulas spekulasi terutama menerusi media sosial bahawa beliau akan bertanding di kerusi DUN pada PRU13 dan dilantik sebagai menteri besar jika BN kembali menguasai Kedah.

“Belum tentu lagi di mana saya bertanding. Pengerusi BN yang tentukan. Letaklah saya di mana saja. Saya sebagai jentera parti akan melakukan yang terbaik untuk pastikan BN menang. Saya fikir khabar angin itu satu spekulasi yang tidak kena pada masanya.

“Selain itu, banyak lagi proses. Kalau bertanding (DUN) nak kena menang dulu. Lepas tu kena tawan semula Kedah…mesti dapat 19 kerusi (daripada 36 kerusi DUN) atau lebih.

“Saya tak minat jadi ketua pembangkang…tak ada yang berebut jawatan itu. Kemudian banyak lagi proses,” kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: