Najib Lancar PR1MA Kuantan Esok Di Majlis Jelajah Janji Ditepati

imagePETALING JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Kuantan esok, sempena program Jelajah Janji Ditepati.

Projek perumahan itu, yang terdiri daripada tanah persekutuan, negeri dan persendirian, akan menampung keperluan perumahan rakyat keseluruhan tiga kawasan utama di Kuantan iaitu Bandar Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar.

Diperkenalkan oleh kerajaan untuk mempromosikan pemilikan rumah di kalangan kumpulan rakyat Malaysia berpendapatan sederhana, pengumuman PR1MA Kuantan tepat pada masanya kerana ia terletak dengan strategik dalam lingkungan tiga kawasan dengan jumlah penduduk 467,000, kata Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Abdul Mutalib Alias dalam persidangan akhbar hari ini.

Beliau berkata permintaan untuk rumah mampu milik telah meningkat dengan kukuh di Pahang, terutamanya dirangsang oleh industri petrokimia di Gebeng, industri automotif di Pekan dan perbandaran baharu yang kian pesat di Kuantan.

“Dengan harga rumah dua tingkat di Kuantan telahpun mencecah RM500,000 di beberapa kawasan, PR1MA Kuantan akan membantu memenuhi beberapa permintaan untuk rumah mampu milik bagi mereka yang berpendapatan sederhana di kawan yang penting kepada kejayaan Wilayah Ekonomi Pantai Timur,” kata beliau.

PR1MA Kuantan akan menjadi sebuah pembangunan bersepadu, terdiri daripada kediaman PR1MA, taman awam, kedai runcit, gedung beli-belah, pejabat dan kemudahan awam yang lain.

Ia amat mudah untuk diakses melalui Jalan Gambang, Jalan Tanjung Lumpur dan Jalan Pekan, kata Abdul Mutalib.

Projek itu akan terdiri daripada campuran kediaman rumah tingkat dan apartmen, dengan harga permulaan dijangka 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran di Kuantan.

Abdul Mutalib berkata permintaan untuk kediaman mampu milik oleh mereka berpendapatan sederhana di kawasan Kuantan ialah antara lima kawasan yang mendapat permintaan utama di Kuantan, setara dengan Kuching dan Kota Kinabalu.

Abdul Mutalib turut menggalakkan pembeli yang layak untuk cepat-cepat mendaftar nama mereka untuk kediaman PR1MA Kuantan di laman sesawangnya di  www.pri1ma.my. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: