Nizar Tak Berani Pertahan Dun Pasir Panjang: Zambry

imagesIPOH – Keputusan Pas meletakkan Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di Dun Changkat Jering dianggap sebagai membuktikan gambaran Barisan Nasional (BN) yang mengatakan wakil rakyat itu tidak berani mempertahankan Dun Pasir Panjang, benar.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, keputusan itu sekali gus memperlihatkan karakter sebenar Nizar.

“Nizar kini dalam dilema kerana menyedari pengundi beliau marah.

“Dia tidak pernah bawa isu atau selesaikan masalah kawasan sepanjang menjadi wakil rakyat di Pasit Panjang,” katanya pada sidang media, kelmarin.

Tambah beliau, keputusan Nizar untuk tidak mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada Pilhan Raya Umum ke-12 itu sememangnya sudah dijangka.

“Kenapa dia nak bertanding di Changkat Jering, tak perlu saya jawab, kerana rakyat dan anda semua boleh membuat penilaian sendiri,” katanya.

Isnin lalu, akhbar ini menyiarkan kenyataan Pesuruhjaya Pas Negeri, Abu Bakar Hussain mengumumkan Nizar akan bertanding di Changkat Jering dalam satu ceramah di Air Kuning.

Pengumuman itu sekali gus mengesahkan spekulasi yang mengatakan Nizar tidak akan mempertahankan kerusi Dun Pasir Panjang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Semasa membuat pengumuman berkenaan, Abu Bakar memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat oleh Badan Perhubungan Pas Perak dalam mesyuarat kelmarin dan telah dipersetujui oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali.

Pengumuman mengejut itu dipercayai sebagai maklum balas terhadap tindakan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan Pengerusi PKR Negeri, Dr Muhammad Nur Manuty sebagai calon untuk kerusi Parlimen Bagan Serai dalam ceramahnya, 15 Mac lalu.

Menurut sumber, berdasarkan persetujuan sebelum ini, kerusi Dun Changkat Jering hanya akan diberikan kepada Pas jika Nizar bertanding di kawasan itu dan Pas perlu menyerahkan kerusi ‘boleh menang’ lain kepada PKR. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: