Pemilik Restoran Rugi RM 50,000

IMG-20130322-WA004
Oleh RAITINI RAHMAN

 
KOTA BHARU – Seorang pemilik restoran, Zakaria Mohamad tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu memerhati api yang marak memusnahkan sebahagian restoran miliknya yang terletak di Jalan Pengkalan Chepa dekat sini.

Zakaria, 54, berkata, dia mengatahui mengenai kebakaran yang membabitkan Restoran D’Mina miliknya itu apabila dimaklumkan seorang rakan yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

“Saya mendapat berita itu melalui seorang kawan. Terkejut menerima berita itu, saya terus menghidupkan enjin kereta dari rumah yang jarakanya hampir 30 kilometer untuk sampai ke kawasan kejadian. Saya yang mampu melihat api yang semakin marak memusnahkan sebahagian restoran milik saya itu,” katanya kepad apemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, dia tiba di tempat kejadian kira-kira jam 6 pagi dan meminta rakannya untuk menghubungi bomba kerana dia masih trauma.

“Nasib baik semasa kejadian beberapa pekerja yang bermalam di bilik bahagian belakang juga sempat menyelamatkan diri.Sedih mengenangkan kejadian ini, namun saya masih bersyukur semua pekerja selamat.

“Kerugian dianggarkan lebih RM 50,000 dan setakat ini saya serahkan kepada pihak bomba untuk menyiasat mengenai punca kejadian memandangkan ini merupakan kebakaran kedua yang berlaku di restoren ini.

Zakaria berkata, sebelum ini restoran milikny aitu pernah mengalami kebakaran namun api Berjaya dipadamkan oleh pekerja yang menyedari kejadian tersebut.

Sementara itu, Pegawai Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Pengkalan Chepa, Fakri Mazlan berkata, empat jentera dihantar ke tempat kejadian.

“Kami menerima panggilan kira-kira jam 6.05 pagi dan tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian. Namun api begitu marak, dan kami berjaya mengawal keadaan berkenaan dari terus merebak ke bahagian lain kira-kira jam 6.30 pagi,” katanya.

Sehingga kini punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: