Pencapaian Sekolah Baru Turut Meningkat

SPM

Oleh RAITINI RAHMAN

BACHOK – Peningkatan jumlah pelajar yang mendapat keseluruhan A pada keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi 2012 sramai 20orang berbanding 14 pada 2011 menjadi keputusan keseluruhan pada tahun ini juga menunjukkan peningkatan.

Pegawai Pelajaran Daerah Bachok, Saupi Majid berkata, terdapat juga sekolah yang baru dibuka iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Golok turut mempunyai seorang pelajar yang mendapat 10A.

Menurutnya, pencapaian membanggakan itu membuktikan bahawa lokasi sekolah tidak mempengaruhi pencapaian pelajar sebaliknya usaha pelajar dan guru yang ingin mendapatkan yang terbaik dalam setiap cita- cita mereka.

“Peratus kelulusan am juga meningkat dari 91.91 peratus bagi 2011 kepada 93.61 bagi 2012. Tahun 2011 hanya empat buah sekolah dapat semua A iaitu SMK (Agama) Tok Bachok (tiga orang), SMK Bachok (empat orang), SMK Long Yunus (empat orang) dan SMK Beris Panchor (tiga orang).

“Tetapi tahun 2012 ia melibatkan SMKA Tok Bachok (tiga orang), SMK Bachok (lima orang), SMK Long Yunus (empat orang), SMK Badak (seorang), SM Teknik (seorang), SMK Puteri Saadong (seorang), SMK Sri Gunung (dua orang), SMK Seri Nipah (seorang), SMK Jelawat (seorang) dan SMK Kubang Golok (seorang),” katanya ketika diminta mengulas keputusan SPM tahun ini di sini.

Beliau berkata, tiga buah sekolah yang lulus 100 peratus tahun 2012 sama seperti 2011 iaitu SMK Tok Bachok, SMK Dato Perdana dan SMK Bachok (tahun 2011 milik SM Teknik).

“Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya dan kepada semua guru yang terlibat mendidik anak- anak Bachok hingga berjaya seperti hari ini. Bagi yang tidak berjaya saya jangan putus asa dan berusaha lagi pada tahun depan untuk mencapai kejayaan lebih baik.

“Saya harap mana-mana program yang bersesuaian yang dilaksanakan di peringkat sekolah tahun lalu, perlu dikaji semula tahun ini agar ia memberi impak maksima bagi pelajar,” katanya.

Keputusan SPM disampaikan Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Bachok, Mohd Faizul Yusoff kepada semua wakil sekolah terlibat.

Calon SPM bagi 2012 ialah 2,800 berbanding 2011 seramai 2,828 bagi 18 buah sekolah menengah dalam PPD Bachok.

Sementara itu, Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKA Tok Bachok, Datuk Dr Ilias Husain mengucapkan syabas diatas kejayaan pelajarnya yang berjaya mengekalkan prestasi cemerlang SPM 2012.

“Saya ucapkan tahniah kepada tiga pelajar cemerlang kami iaitu Nur Syafiqah Izzati Mohd Zaki, Razilan Abdullah dan Nur Ezah Azman yang masing-masing mencatat 11A. Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada calon SPM tahun ini untuk mengulangi pencapaian sama,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: