Penduduk Desak Kerajaan Kelantan Batal Tanah Diberi Kepada Syarikat Asing

image
GUA MUSANG – Kerajaan Pas Kelantan didesak membatalkan kelulusan tanah seluas 376 hektar yang telah diberikan kepada dua syarikat asing untuk pembangunan ladang rakyat di Kampung Sungai Badong, Kuala Betis dekat sini.

Desakan itu dibuat 120 penduduk dalam satu perhimpunan aman yang mendakwa tanah itu telahpun mereka bangunkan dengan menanam kelapa sawit, getah dan dusun buah-buahan sejak lebih 20 tahun lalu.

Menurut mereka desakan itu juga dibuat kerana bimbang akan berhadapan dengan kerugian yang besar apabila tanaman mereka ditebang syarikat berkenaan.

Bercakap kepada pemberita, seorang penduduk, Daud Ismail, 76, berkata tanah yang diusahakan 20 tahun lalu itu dilakukan secara haram, tetapi mereka sudah memohon untuk mendapat hak milik termasuk menjelaskan bayaran premiumnya 10 tahun lalu selepas mendapat persetujuan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

Justeru katanya mereka hairan bagaimana tanah itu boleh diserahkan kepada syarikat asing dalam tempoh lima bulan lalu, sedangkan penduduk yang membayar premium lebih awal tidak dipertimbangkan untuk mendapat hak milik.

Daud berkata beliau tidak akan melepaskan tanah yang diusahakannya itu begitu sahaja kepada dua syarikat berkenaan kerana di situlah sumber rezekinya.

“Pak cik amat kecewa sekali dengan tindakan Kerajaan Pas Kelantan yang lebih rela mengambil tanah diusahakan orang Melayu diberi kepada syarikat asing untuk membuka ladang sawit tanpa ada sebarang perbincangan terlebih dahulu dengan
kami,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohamad Fauzi Mohamad, 51, pula berkata pemimpin kerajaan Pas sudah jauh terpesong daripada perjuangan sebenar parti itu untuk menegakkan ajaran Islam kerana bertindak meminggirkan kehidupan orang Melayu di Hulu Kelantan.

Katanya, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berjanji tidak akan menganggu kehidupan penduduk yang memajukan mana-mana tanah kerajaan.

“Dia (Menteri Besar) ketika mula-mula menerajui kepimpinan kerajaan negeri pada 1990 menyatakan setiap mata cangkul tanah yang diusahakan rakyat, itu adalah hak mereka dan akan diberi hak milik untuk menjamin masa depan.

“Kenapa sekarang lain pula yang berlaku apabila semakin banyak tanah diusahakan penduduk diambil balik dengan mudah untuk diberi kepada syarikat asing yang langsung tidak ada kena mengena dengan pendapatan penduduk tempatan,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: