10,000 Warga Pondok Kelantan Tolak Pas

images

Dua pemimpin tertinggi Pas yang dikatakan tidak konsisten dalam mempertahankan prinsip asal perjuangan parti itu.

Oleh AMIRUL HAFIZ & HANA MARYAM

BACHOK – Lebih 10,000 warga pondok di Kelantan menyatakan pendirian mereka menolak Pas berikutan beberapa isu yang membabitkan akidah dan pendirian yang tidak konsisten parti itu terhadap perjuangan Islam terutama membabitkan kalimah Allah dan hukum hudud.

Pengasas Pondok Sungai Ular, Tumpat, Zainal Abidin Awang berkata, apa yang diperjuangkan Pas kini jelas mereka tidak mengutamakan perjuangan Islam sehingga sanggup mengubah matlamat asal untuk mewujudkan negara Islam kepada negara berkebajikan.

Beliau berkata, kegagalan Pas memasukkan perlaksanaan hukum hudud ke dalam buku jingga yang diperjuangkan pakatan pembangkang menunjukkan Islam bukan lagi menjadi agenda utama Pas.

“Sebelum ini dalam satu majlis di Petaling Jaya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pernah menyatakan Pas tidak akan melaksanakan negara Islam,” katanya pada Program Deklarasi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Menolak Pas di sini hari ini.

Beliau berkata, untuk itu lima perkara yang rakyat perlu sedar bahawa pakatan pembangkang perlu ditolak termasuk tindakan Pas membenarkan kalimah Allah kepada orang bukan Islam serta ‘Amanat Haji Hadi’ yang jelas mengelirukan rakyat, menyokong kebebasan beragama di kalangan orang Melayu dan mempertikai undang-undang LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender).

“Tindakan Pas membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah yang ianya adalah hak mutlak orang Islam bertentangan dan menyalahi akidah Ahli Sunnah Waljamaah.

“Kita perlu ingat kalimah Allah tidak boleh ditafsir mengikut agama-agama lain kerana ia adalah hak mutlak bagi agama Islam yang beriktikad bahawa Allah itu Esa tidak beranak dan diperanakkan,” katanya.

Mengulas mengenai isu ‘Amanat Haji Hadi’, beliau menyifatkan ianya satu fatwa sesat untuk memecah belahkan umat Islam. “Ini kerana mereka mendakwa orang Islam mesti menentang UMNO yang mempertahankan perlembagaan penjajah, perlembagaan British. Sedangkan perlembagaan negara yang kekal sehingga ke hari ini adalah dibuat oleh Raja-Raja Melayu dan pembesar-pembesar negara sewaktu menuntut kemerdekaan dahulu. British hanya menandatangani draf perlembagaan itu.

“Sebab itu dalam perlembagaan Malaysia ada agama Islam sebagai agama persekutuan, agama Islam sebagai agama rasmi. Ada perkara berkaitan hak keistimewaan orang Melayu. Maka di sini jelas perlembagaan negara ini bukan perlembagaan yang dibuat oleh orang kafir,” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, masyarakat di negara ini perlu sedar dan wajib menolak pembangkang terutama Pas pada pilihanraya umum akan datang.

Sementara itu pendakwah bebas, Md. Zain Md. Shah berkata, rakyat di negara ini perlu menolak Pas kerana prinsipnya yang sentiasa berubah-ubah semata-mata hanya kerana ingin menjaga kepentingan politik bukan kerana Islam.

“Kalau dulu Pas menghukum berkawan dengan orang kafir adalah haram. Tetapi apa yang berlaku sekarang mereka sendiri bersekutu dengan orang kafir sehingga sanggup menukar dasar Islam kepada negara berkebajikan,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: