PPD Machang Kekal Terbaik

imageMACHANG – Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Machang berjaya mengekalkan kecemerlangan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila mencapai kelulusan 95.48 peratus dengan 51 calon  memperoleh A dalam semua mata pelajaran, kelmarin.

Pegawai Pelajaran Daerah Machang, Nasir Yusoff berkata, jumlah pelajar mendapat semua A meningkat seramai 18 orang berbanding 33 pelajar tahun lalu.

Katanya, keputusan itu berjaya mengekalkan kedudukan PPD Machang di tempat teratas di negeri ini buat tiga kali berturut-turut.

“Keputusan ini amat memberangsangkan dan saya harap ia bertambah baik tahun depan. Tahniah kepada semua pelajar, pengetua, warga pendidik dan ibu bapa yang banyak menyokong ke arah kejayaan ini.

“Tidak lupa bantuan Ketua Umno Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub termasuk melancarkan tabung transformasi pendidikan dengan menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang dari keluarga kurang mampu,” katanya.

Nasir berkata, selain PPD terbaik, Sekolah Menengah Sains Machang juga muncul sekolah terbaik di negeri ini dengan 25 pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran.

Manakala, katanya, bagi sekolah harian, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pangkal Meleret, menunjukkan peningkatan membanggakan sekali gus mencatat rekod sekolah apabila dua pelajarnya berjaya mendapat A dalam semua pelajaran dengan Gred Purata Sekolah (GPS), 4.23

“Kejayaan itu meletakkan SMK Pangkal Meleret di tangga ke-23 daripada 148 sekolah di Kelantan.

“Tahniah juga kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah yang merekodkan peningkatan seramai 11 orang berbanding dua pelajar mendapat semua A tahun lalu,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: